Seorang anggota polis wanita berpangkat koperal yang baru lima bulan melahirkan anak terpaksa dikejarkan ke Hospital Pasir Mas (HPM) selepas ditendang di perut oleh guru wanita di Kaunter Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.30 petang semalam, guru berusia 41 tahun itu datang ke balai dan mendakwa anaknya dimarahi polis selepas terbabit dalam kemalangan.
Guru terbabit berang dan meluahkan kemarahannya dengan menarik tudung mangsa serta menolaknya dengan kasar.
Mangsa cuba menenangkan suspek, tetapi suspek bertindak agresif dan menendang perut mangsa yang baru melahirkan anak, selain lehernya dipegang selama 10 minit oleh suspek.
Dua anggota polis cuba membantu melepaskan tangan suspek.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Abdullah Mohammad Piah berkata, mangsa pada awalnya mahu membantu suspek mencari anggota yang didakwa memarahi anaknya itu. Namun perkara sebaliknya pula yang berlaku.
Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan suspek ditahan pada jam 9 malam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 11 malam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/30SR9UJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment