Didorong rasa cemburu, seorang lelaki sanggup mengambil risiko mengupah pembunuh upahan di Dark Web untuk membunuh pasangan kepada bekas teman wanitanya dalam satu kemalangan terancang.
Bagaimanapun, suspek ditahan selepas seorang wartawan di Amerika Syarikat memaklumkan niat jahat suspek kepada pihak polis.
Rabu 17 Julai, Allen Vincent Hui Kim Seng, 47, mengaku bersalah di atas pertuduhan cubaan mendapatkan khidmat pembunuh upahan untuk membunuh lelaki berusia 30 tahun berkenaan.
Difahamkan, Allen sudah berkahwin apabila dia berlaku curang dengan rakan sekerjanya sejak 22 April 2016.
Perhubungan sulit itu diteruskan walaupun Allen tidak bekerja di tempat itu pada November tahun lalu.
Teman wanitanya yang berusia 30 tahun pada ketika itu mengambil keputusan untuk menamatkan perhubungan mereka pada Februari 2018 selepas mengetahui Allen tiada usaha untuk meninggalkan isterinya.
Tidak dapat menerima kenyataan itu, Allen berterusan memujuk wanita itu untuk kembali bersama dengannya dan membeli hadiah, malah menjadikan wanita itu sebagai waris harta dan insurans dia.
Akan tetapi, wanita berkenaan tidak endah dan berkenalan dengan seorang lelaki sebelum menjalinkan hubungan sejak 27 April 2018.
Pada 6 Mei 2018, Allen melayari Dark Web dan meminta 'mereka' memotong tangan kanan lelaki tersebut agar dia kudung sepanjang hayat.
Untuk itu, Hui hanya akan membuat pembayaran sekiranya tugasan itu telah berjaya diselesaikan. Namun sebelum itu, dia perlu memindahkan sejumlah bitcoins ke akaunnya di laman web tersebut sebagai bukti dia mampu membuat pembayaran itu.
Tiga hari kemudian, Hui menunggu bekas teman wanitanya itu di bangunan kediamannya dan ternampak dia dibawa pulang oleh seorang lelaki. Selepas mencatit nombor pendaftaran kereta, Allen mengekori lelaki itu Hougang.
Allen menghubungi pembunuh upahan itu untuk menyimbah asid ke muka lelaki itu. Dia juga memindahkan wang berjumla hkira-kira $3,000. Tetapi dia dimaklumkan bahawa penggunaan asid adalah tidak dibenarkan. Lalu mereka mencadangkan kepada Allen agar lelaki itu terus dibunuh.
Mahkamah diberitahu pada 10 Mei 2018 dan kosnya tambahannya adalah RM$5,000.
Wang tidak mencukupi, lalu dia mengarahkan lelaki itu dilanggar sehingga tempang seumur hidup. Allen kemudian memasukkan $3,2000 ke dalam akaun tersebut.
Tetapi Allen berbelah bagi dan dia memang berniat untuk membunuh lelaki tersebut. Sekali lagi dia cuba berbincang dengan pembunuh upahan itu sama ada mereka akan melakukan pembunuhan itu sekiranya dia menambah bayaran $1,000 ke dalam akaun dan mereka pun bersetuju.
Berdasarkan bukti yang ditunjukkan dalam mahkamah, rancangan pembunuhan itu akan berlaku pada pukul 7 - 8 malam, 22 Mei. Alleh memilih tarikh itu kerana dia tahu lelaki itu akan menghantar bekas teman wanitanya ke lapangan terbang pada hari kejadian dan dia tidak mahu bekas teman wanitanya turut tercedera.
12 Mei 2018, wartawan CBS menghubungi kedutaan Singapura dan memaklumkan mengenai perancangan Allen. Pihak berkenaan kemudian memaklumkan perkara itu kepada Polis Singapura lalu menahan Allen.
Allen ditahan dan diminta membatalkan perancangannya itu serta mengeluarkan semua bitcoinsnya dari akaun.
Kes masih dalam proses perbicaraan. Jika didapati bersalah, Allen boleh dipenjara selama tujuh tahun dan denda.
Sumber: Asia One
from The Reporter https://ift.tt/2M00BRS
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment