Home » , » 'Denda RM500 jika solat di waktu kerja' - Memo dari Top Management cetus kecaman netizen

'Denda RM500 jika solat di waktu kerja' - Memo dari Top Management cetus kecaman netizen

shamsulazlan | 19:59 | 0 comments

Viral di media sosial kini, memo dari sebuah kilang yang beroperasi di Klang melarang pekerjanya yang beragama Islam menunaikan ibadat solat.

Menurut laporan Sinar Harian, kilang itu beropasi di Taman Perindustrian Sungai Kapar dan memo tersebut dikeluarkan pada 30 Julai lalu dari pihak atasan. 

"Pihak pengurusan ingin memaklumkan kepada semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi solat pada waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengah hari sahaja. 

"Dengan serta-merta jika didapati melanggar arahan, akan dikenakan denda sebanyak RM500 untuk setiap kali kesalahan," demikian kenyataan tegas dalam memo tersebut. 

Sementara itu, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, kandungan memo tersebut jelas bertentangan dengan Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Bekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama JAKIM. 






"PUTRA secara tegas menyatakan bahawa, tindakan mana-mana majikan melarang pekerja Islam menunaikan solat malah mengenakan denda kepada pekerja yang menunaikan solat di luar waktu rehat adalah bertentangan dengan semangat Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menempatkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan. 

"Perlembagaan tidak pernah menghalang amalan agama-agama lain asalkan dilakukan dengan aman dan damai dan penganut Islam juga adalah berhak untuk bersolat asalkan hak itu tidak terbukti mengganggu prestasi kerja atau produktiviti syarikat," katanya. 

Justeru, beliau mendesak Kementerian Sumber Manusia menyiasat kesahihan memo tersebut dan sekiranya benar, wajarlah pemilik kilang itu dikenakan tindakan undang-undang sebagai pengajaran kepada semua majikan agar menghormati hak pekerja masing-masing untuk mengamalkan ajaran agama. 



from The Reporter https://ift.tt/316WxDE
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger