Home » , » Bayi maut terperosok di dalam celah tayar motosikal selepas kain ibunya terbelit

Bayi maut terperosok di dalam celah tayar motosikal selepas kain ibunya terbelit

shamsulazlan | 01:50 | 0 comments

Gambar seorang bayi terperosok di celah tayar belakang motosikal viral di media sosial baru-baru ini. 

Kejadian itu berlaku pada tahun 2015 di Saraburi, Thailand, namun kembali viral semula di media sosial. 

Menurut sumber, mangsa mengalami kecederaan parah dan pasukan paramedik yang dihubungi orang awam bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa. 

Setelah tiba di tempat kejadian, mereka mendapati bayi berusia sebulan itu tidak sedarkan diri dan kesan luka di beberapa bahagian badannya. 

Mangsa berjaya dikeluarkan dan terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, mangsa tidak memberi sebarang respon dan paramedik cuba memberi bantuan pernafasan, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. 

Sumber yang sama melaporkan, si ibu terdahulu mengendong bayinya dengan mengikat anak kecil itu menggunakan kain di badannya. 


Malangnya, sebahagian kain itu tersangkut pada rim tayar motosikal lalu membelit dan menyebabkan kedua-duanya terjatuh dan mangsa terperosok di dalam celah tayar belakang. 

Meskipun kejadian sudah lama berlaku, namun orang ramai terutamanya golongan ibu yang menunggang motosikal dinasihatkan berhati-hati. 



from The Reporter https://ift.tt/30Vlbaa
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger