Home » , » Curang, wanita potong kemaluan bekas suami dan flush dalam tandas

Curang, wanita potong kemaluan bekas suami dan flush dalam tandas

shamsulazlan | 08:26 | 0 comments

Seorang wanita berusia 58 tahun bertindak memotong kemaluan bekas suaminya dengan gunting selepas mendapati lelaki itu curang sewaktu mereka masih bergelar suami isteri. 

Kejadian mengerikan itu berlaku pada Rabu 24 Julai lalu di Hukou, apabila suspek, Lee, berpura-pura mengoda mangsa dengan bersetuju melakukan hubungan intim. 

Apabila mangsa membuka seluarnya, suspek terus memegang dan memotong kemaluan mangsa dengan gunting. Kedua-dua testikalnya juga dipotong. 

Tidak cukup dengan itu, suspek turut menuang asid pada kecederaan mangsa sebelum membuang organ-organ penting itu ke dalam tandas dan dipam agar terus hilang. 

Mangsa yang ketakutan melarikan diri ke dalam bilik mandi dan menghubungi polis untuk meminta bantuan. 

Suspek kemudian menelan pil tidur selepas melakukan jenayah itu dan ditemui tidak sedarkan diri. 

Kedua-dua mereka dibawa ke hospital untuk dirawat dan kini dilaporkan stabil. 

"Kalau saya tak dapat, tiada sesiapa yang boleh dapat," kata Lee. 

Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, Lee dan Chen telah bercerai dan mereka tetap tinggal bersama kerana Chen masih mengganggur selama dua tahun serta terpaksa bergantung pada bekas isterinya. 

Pihak berkuasa tidak dapat mendapatkan semula organ penting itu. Polis kini sedang menunggu kedua-duanya pulih sebelum Lee didakwa. 

Sumber: The Sun


from The Reporter https://ift.tt/2YnL315
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger