Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dilaporkan cedera selepas terkena letupan mercun dan berkemungkinan beraya tanpa mata kanannya.
Dalam kejadian yang berlaku di Tanjung Batu, Nenasi, Pekan, semalam, mangsa bermain mercun bola di kawasan rumahnya. Mangsa cuba menyalakan mercun tersebut yang diletakkan dalam sebuah tin, namun ia tidak meletup.
Mangsa cuba memeriksa tin itu dan ketika penutup tin dibuka, secara tiba-tiba ia meletup lalu menyebabkan serpihan tin itu terkena pada mata kanan mangsa.
Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Pekan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Pemeriksaan pakar perubatan menemui serpihan tin dalam mata mangsa yang sudah tidak berfungsi kerana keadaannya yang sudah hancur.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter http://bit.ly/2Xl2ATV
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment