Susulan viral video dan gambar serta pendedahan yang dilakukan oleh empat bekas pekerja pusat jagaan warga emas yang mendakwa penghuninya didera, pengusahanya, Azrin Shala, 49, akhirnya akur premisnya terpaksa ditutup.
Azrin berkata, Pusat Jagaan Warga Emas dan Terapi Fitrah miliknya di Taman Seremban 3, diarahkan tutup oleh JKM bagi membolehkan siasatan dilakukan.
Dalam pada itu, Azrin memohon maaf kepada waris di atas apa yang berlaku dan mengakui sedih terpaksa berpisah dengan 12 penghuni warga emas berusia 65 tahun ke atas yang dijaganya selama ini.
"Saya mohon maaf kepada waris atas apa yang berlaku dan terpaksa menutup pusat jagaan ini.
"Saya tidak menyangka begini pengakhirannya selepas enam tahun mengusahakan pusat jagaan ini. Mungkin itu yang dimahukan mereka (individu didakwa memfitnah beliau).
"Saya membuka pusat jagaan untuk membantu menjaga warga emas sebaik mungkin seperti diamanahkan waris. Disebabkan perkara itu, waris juga terkesan.
"Saya tidak dapat menahan air mata apabila terpaksa melepaskan mereka kerana hubungan kami sangat baik. Mereka juga menangis dan mendoakan masalah ini selesai dengan cepat," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, enggan mengulas lanjut mengenai isu itu kerana tidak mahu mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
- 'Mereka diterajang, air kencing dicurah dalam mulut, ditampar dengan selipar' - 4 bekas pekerja dedah pusat jagaan aniaya warga emas
- 'Pekerja saya hanya bergurau dengan mereka' - Pengusaha pusat jagaan nafi dera warga emas
- Warga emas dipaksa minum air kencing, makan cili, didera penyelia pusat jagaan sejak 3 tahun lalu
- (Video) 'Babi punya betina, terkinja-kinja macam monyet!' - Netizen selar wanita menganjing warga emas
from The Reporter http://bit.ly/2IweVja
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment