Suspek berusia 21 dan 26 tahun itu ditahan di sebuah kedai memproses ayam di Guar Chempedak pada jam 6.30 pagi ketika sedang menyusun ayam yang dicuri itu untuk dijual.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, peniaga ayam mentah itu menyedari kejadian itu pada jam 4 pagi semalam selepas mendapati kedainya gelap, sedangkan lampu premis itu menyala ketika ditutup.
Fius elektrik juga dicabut dan dipecah masuk sebelum menyedari ratusan ekor ayam mentahnya hilang.
Semakan pada video kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, tiga suspek bertopeng yang menaiki kereta pacuan empat roda berhenti di depan kedain sebelum mengambil bekalan ayam itu pada jam 2.58 pagi.
Hasil siastan polis menemui kenderaan yang disyaki digunakan oleh suspek untuk mencuri ayam mentah itu berada di sebelah kedai memproses ayam itu di Guar Chempedak.
Pemeriksaan lanjut menemui 30 ekor ayam mentah berada di meja, manakala 15 ekor lagi di bonet belakang pacuan empat roda. Selain itu, 355 ekor ayam lagi berada di dalam dua tong ais kuning.
Dua suspek terbabit mengaku mencuri ayam itu bersama dengan seorang lagi rakan mereka yang masih bebas. Semakan juga mendapati, salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan menceroboh.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2FF3Zhk
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment