Home » , » Isteri suruh suami 'sado' kemas rumah disumbat dalam lokap 17 jam

Isteri suruh suami 'sado' kemas rumah disumbat dalam lokap 17 jam

shamsulazlan | 07:10 | 0 comments

Seorang wanita disumbat dalam lokap selepas meminta suaminya membantu melakukan kerja-kerja rumah. 

Valerie Sanders, 58, dari Catterick, North Yorkshire, berkata, dia hanya meminta suaminya, Michael, 58, meninggalkan beberapa sesi gym, untuk mengemas kediaman mereka. 

Difahamkan, pasangan itu berkahwin pada 2014 selepas berkenalan dari media sosial. 

Valerie juga dikatakan banyak meninggalkan nota di rumahnya yang meminta Michael melakukan kerja-kerja mengemas, berbanding hanya menjaga keretanya sendiri.

Namun, Valerie didatangi dua van polis dan empat pegawai polis untuk menahan dan menyumbatnya dalam lokap selama 17 jam atas tuduhan cuba mengawal suaminya, pada April 2018.

Valerie ditahan kerana disyaki memaksa atau mengawal tingkah laku (pasangan atau ahli keluarga) di bawah undang-undang yang diperkenalkan pada 2015 yang meliputi hubungan intim atau keluarga yang menyebab seseorang itu takut/bimbang keganasan digunakan terhadapnya sekurang-kurangnya dua kali; atau tekanan serius sehingga mendatangkan kesan buruk terhadap rutin seharian. 

Tetapi kes itu digugurkan pada Khamis lalu oleh hakim apabila Valerie mengaku tidak bersalah.

Sementara itu, Michael berkata, "Saya tidak pasti sama ada dia patut didakwa di mahkamah atau sebaliknya. Itu bukan keputusan saya tetapi dia cuba mengawal saya. Dia cuba bergantung pada saya. 

"Dia selalu tinggalkan vakum di luar meminta saya mengemas rumah setiap hari disebabkan kami membela anjing," Katanya. 

Sejak ditahan, pasangan itu telah berpisah dan Valerie berkata sudah tiada rasa cinta terhadap Michael. 

"Saya bukan nak mengawal dia, jika tidak setiap hari pasangan berkahwin akan hadir ke mahkamah," katanya. 

Tambahnya, Michael menjadi obses dengan aktiviti membina badan selepas mendapat kerja sebagai pengurus gym. 

Pada awalnya Valerie menyokong penglibatan suaminya itu tetapi lama-kelamaan mereka jarang keluar bersama dan Michael banyak menghabiskan masa di gym sehingga menjejaskan perhubungan mereka. 

Sumber: Metro


from The Reporter https://ift.tt/2Xgr44r
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger