Dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari Rabu 19 Jun di Madellin, Colombia, wanita berkenaan bersama anak perempuannya baru saja keluar dari lif untuk berurusan di pejabat di tingkat empat.
Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), si ibu sedang sibuk menggunakan telefon bimbit, sementara anaknya berjalan menuju ke tepi lif untuk melihat ke bahagian bawah.
Baru sahaja mahu meletakkan tangan di besi penghadang (handrail), malangnya tangan kanak-kanak itu tersilap langkah lalu terjatuh ke tingkat bawah.
Si ibu yang sempat melihat kejadian itu pantas melepaskan telefonnya dan terus menangkap kaki anaknya.
Seorang lelaki yang ternampak kejadian itu segera turun ke tingkat bawah, manakala beberapa kakitangan wanita di pejabat itu keluar untuk membantu si ibu menarik kanak-kanak berkenaan.
Video kejadian itu viral di media sosial dan netizen menyalahkan pihak pengurusan bangunan yang gagal menitikberatkan soal keselamatan pengunjung.
Sumber: Alerta
from The Reporter http://bit.ly/2La7pMh
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment