Home » , » 'Saya tidak mampu jaga Yusuf, sejak lahir belum minum satu titik air susu' - Nota dari ibu yang tinggalkan bayinya di depan rumah orang

'Saya tidak mampu jaga Yusuf, sejak lahir belum minum satu titik air susu' - Nota dari ibu yang tinggalkan bayinya di depan rumah orang

shamsulazlan | 21:51 | 0 comments

Seorang wanita berusia 33 tahun terkejut apabila terdengar suara tangisan bayi di luar rumahnya sebelum menemui bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan rumahnya pada jam 5.30 pagi semalam. 

Dalam kejadian di Kampung Pompod, Kota Belud itu, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan dibalut dengan kain bersama sekeping nota yang ditulis oleh ibunya. 

"Sejak lahir, Yusuf belum minum setitik susu. Biarlah Yusuf tinggal dengan puan. Saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuf," antara sebahagian teks dalam nota tersebut. 

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, pemilik rumah yang bekerja sebagai kerani tampil membuat laporan polis pada jam 8.57 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud dengan membawa bayi itu bersama. 

"Pengadu mendakwa dia dan ibunya terdengar tangisan bayi sebelum keluar untuk memeriksa keadaan luar rumah. Mereka menemui bayi terbabit dengan sekeping nota yang ditujukan kepadanya," katanya.


Dalam nota itu, si ibu meminta pemilik rumah menjaga bayinya dan turut memaklumkan bahawa bayi itu lahir pada 29 Jun 2019. 

"Saya minta maaf, saya tinggalkan Yusuf di rumah Puan. Saya cuma mau hidup Yusuf jauh lebih baik kerana saya percaya Puan boleh jaga Yusuf. 

"Yusuf lahir kelmarin 29 Jun. Sejak Yusuf lahir, Yusuf belum minum satu titik susu kerana air susu puting saya tidak keluar. 

"Saya minta tolong puan, bagilah Yusuf susu. Saya tidak mampu beli pampers, beli susu dan hantar Yusuf untuk vaksin.

"Jagalah Yusuf macam anak puan. Saya ikhlas titipkan Yusuf untuk keluarga puan. Saya merayu, biarlah Yusuf tinggal dengan puan. Saya mahu ada orang sayang Yusuf. 

"Saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuf. Hari ini, subuh ini, Yusuf haus sangat. Semoga Allah membalas kebaikan keluarga Puan."


"Pengadu mendakwa tidak mengetahui mana-mana suadara terdekat atau penduduk kampung yang baru melahirkan bayi. 

"Susulan itu, polis akan menghantar pengadu dan bayi ke Hospital Kota Belud bagi menjalani ujian DNA untuk mengenalpasti hubungan mereka," katanya. 




Bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kecederaan yang ditemui pada tubuh badannya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuang bayi yang memperuntukkan hukuman penjara 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2KSR9jA
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger