Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Puncak Alam, Selangor, untuk beraya bersama dengan dua rakannya.
Kehilangan Syafiqah Farhan'ie Mohd Norhisyam itu disedari oleh kakaknya, Farihah, yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada ibu mereka pada jam 9 malam Ahad.
Ibu mangsa, Farihah Mat Salleh, 36, berkata, anak bongsu dari tiga beradik itu tinggal bersama ibu saudaranya di Puncak Alam terdahulu memaklumkan mahu keluar beraya bersama rakannya pada jam 1 tengah hari.
Namun sehingga jam 9 malam Ahad, Syafiqah masih belum pulang menyebabkan kakaknya terus menghubungi ibunya.
Farihah sudah cuba menghubngi ibu bapa rakan anaknya melalui WhatsApp, tetapi mereka tidak mempunyai maklumat keberadaan Syafiqah. Malah, Farihah masih mencari ibu bapa dua kanak-kanak yang dikatakan keluar beraya bersama anaknya.
Kali terakhir Syafiqah dilihat memakai baju-T berwarna merah jambu, seluar jeans biru serta tudung berwarna ungu dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat untuk tindakan lanjut.
Sementara itu di media sosial, ada beberapa netizen mendakwa Syafiqah telah ditemui selamat dan dia bukannya hilang, tetapi tidur di rumah kawan.
Bagaimanapun penemuan itu belum dapat disahkan lagi.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter http://bit.ly/2X1Z53w
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment