Video tersebut dipercayai dirakam di sebuah cawangan Family Mart di Mesamall, Nilai, Negeri Sembilan.
Berdasarkan video tersebut, lelaki terbabit menggoncang, memicit beberapa produk makanan di rak sambil dirakam oleh rakannya. Malah, mereka turut membuka botol minuman untuk diminum kemudian diletakkan semula di rak tersebut.
Family mart mesti menyesal bukak cawangan dekat Nilai, Negeri Sembilan. pic.twitter.com/dyW76ElQ0k— Pedoq, what is this behavior? (@pedoqpop) June 20, 2019
Netizen menyelar tindakan lelaki terbabit yang dilabelkan sebagai bodoh dan tidak bertamadun.
Katanya ada otak. Tak bodoh. Tapi bila start je buat macam tu, agak terkeluar la bodo dia sebenarnya. Tapi takda pula dia tunjuk makanan yang dia picit tu as proof 🙂 pic.twitter.com/51JTlv154E— farisha (@fucktardalien) June 20, 2019
Orang macam ni memang BABI. ingat pekerja dia tak penat ke nak susun balik, nak tukar barang baru. BABI BABI BABI— EL 🌻 (@__Sofeaaao) June 20, 2019
Tak lawak do amik barang tu letak kat tempat lain, aku kerja 7 e dulu, sumpah tak lawak, kena maki dgn manager pekerja tu bodo— io (@hazimmarzuki_) June 20, 2019
Belum sempat dikecam netizen, lelaki itu pula tampil membuat penjelasan melalui Instagram @luqbubbles atau Luqman Hakeem.
"Korang jangan main cakap, kaji dulu sebelum bercakap. Apa yang aku buat semua tu, semua benda tu aku dah beli la. Aku ambil balik la. Eii korang...! Aku dah beli, aku dah beli.
"Aku tak bodoh lagi nak pergi jadi vandalism. Orang pun beratur ramai-ramai, ingat aku bodoh sangat ke? Aku ada otak," katanya sambil rakannya menambah terdapat banyak kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis tersebut.
Bagaimanapun, pengurus premis tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan mendakwa pihaknya mengalami kerugian sebanyak RM30.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, pengurus premis itu mendakwa lelaki itu telah merosakkan barang makanan dan minuman dengan senjaga.
Bertindak di atas laporan itu, polis kini sedang giat mengesan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Semakan mendapati, Lukman Hakeem telah menyahaktifkan akaun Instagramnya.
from The Reporter http://bit.ly/2J4ja4e
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment