Bukan sahaja penghuni pusat jagaan warga emas diperolokkan secara melampau, malah penyelia pusat tersebut didakwa mendera dan mengabaikan penghuninya sejak tiga tahun lalu.
Menurut pemberi maklumat, Cik Pah Cik Ton, melalui Facebooknya berkata, penghuni pusat itu dipukul, dikurung, dibiarkan kelaparan dan diikat di kerusi. Malah mereka dipaksa minum air kencing, makan cili dan diberi ubat tidur secara berlebihan.
Difahamkan, sebanyak 16 kematian dilaporkan di pusat itu sejak 2017 dan terdapat dakwaan berlaku kematian mencurigakan melibatkan empat warga emas sepanjang empat minggu pada Ogos 2017. Namun punca kematian itu hanya dilaporkan akibat sakit tua.
Susulan viral pendedahan itu, salah seorang waris kepada penghuni pusat itu tampil membuat laporan polis petang semalam.
Pihak Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri Sembilan juga mengambil maklum mengenai kes itu dan telah pergi ke pusat jagaan itu malam tadi yang kini sedang melakukan siasatan dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Sementara itu, di bawah adalah status Facebook yang didedahkan oleh Cik Pah Cik Ton sebelum akaun Facebooknya dinyahaktifkan.
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter http://bit.ly/2MXgBGo
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment