Ibu angkat kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang didenda sehingga mati kerana berkelakuan nakal, dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun.
Dalam kejadian yang berlaku di Pensacola, Florida, Grotesque Grace Smith, 71, terdahulu menyuruh anak saudaranya berusia 66 tahun dan mempunyai berat 147 kilogram untuk duduk di atas mangsa, Dericka, sebagai denda kerana berkelakuan nakal.
Dericka yang beratnya hanya 31 kilogram, dihempap selama 10 minit dengan mukanya menghadap ke atas kerusi sebelum didapati meninggal dunia kerana kekurangan oksigen.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan tetapi disahkan telah meninggal dunia.
Grotesque kemudian ditahan dan didakwa mendera dan membunuh mangsa.
Veronica Posey |
Anak saudara Grotesque, Veronica Posey, 66, dipenjara seumur hidup pada Mac lalu atas dakwaan membunuh.
Suami kepada Grotesque, James, 65, turut dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun kerana turut terlibat dalam kematian mangsa.
James |
Bedah siasat yang dilakukan terhadap mangsa menunjukkan Dericka dipukul sebelum meninggal dunia pada Oktober 2017. Kesan lebam ditemui di bahagian badan mangsa.
Grotesque mengaku memukul mangsa apabila Veronica meminta dia mendisiplinkan Dericka kerana berkelakuan nakal dengan adiknya berusia 8 tahun.
Veronica mengambil pembaris dan paip kecil lalu diberikan kepada Grotesque untuk merotan Dericka sebelum dipaksa melutut di hadadapan kerusi dan dipaksa meniarap dengan muka menghadap kerusi sebelum dihempap Veronica sehingga mati lemas.
Dericka dikatakan menjerit beberapa kali kerana tidak dapat bernafas dan Veronica menghubungi polis selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri.
James kemudian mengaku dia tidak melakukan apa-apa untuk menghalang kejadian itu dan mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Sumber: The Sun
from The Reporter http://bit.ly/2Z1UmQP
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment