Seorang anggota bomba di Vietnam tergamak menyimbah asid pada wajah bakal isterinya yang hari pertama Tahun Baru kerana perasaan cemburu yang melampau.
Anggota terbabit, Nguyen Truong Nam Hai, 24, leftenan kedua di Jabatan Bomba Da Nang, bandar Vietnam didakwa menyimbah bahan kimia kaustik pada wajah tunangnya, Le Lan Vy, 24.
Menurut pendedahan mangsa di Facebook mendakwa suspek menyerangnya kerana dia mahu memutuskan perhubungan mereka sebelum berkahwin berikutan Hai berlaku kasar terhadapnya.
Mangsa berkata, suspek pada awalnya seorang penyayang dan memberi sepenuh perhatian terhadapnya membuatkan dia bersetuju untuk berkahwin pada Disember selepas mendaftar untuk majlis perkahwinan.
Namun, perangai sebenar lelaki itu terserlah apabila tarikh perkahwinan mereka semakin dekat di mana suspek berkelakuan kasar dan memukul mangsa hanya kerana cemburu buta.
Le cuba memutuskan pertunangan mereka tetapi Truong meminta keluarga mereka berbincang bagi menyelesaikan masalah mereka.
Suspek bersama keluarganya datang ke rumah mangsa pada 1 Januari dan menyimbah asid pada wajah mangsa ketika berjalan ke arah dapur.
Mangsa mengalami luka terbakar teruk di wajah, lengan serta kaki, manakala ibu bapanya cedera ringan.
Ekoran kejadian itu, mangsa terpaksa menjalani hampir 10 pembedahan dalam tempoh lima bulan untuk membetulkan semula wajahnya yang buruk.
Polis kini sedang menyiasat kes itu dan akan mendakwa suspek mengikut undang-undang. Jabatan Bomba juga telah memecat perkhidmatan dan pangkatnya juga dilucutkan.
Sumber: Daily Mail, Harian Metro
from The Reporter http://bit.ly/2W9t0q0
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment