Dalam kejadian di Tambak Johor itu, lelaki terbabit enggan mengalah dan terus mempertikaikan tindakan anggota terbabit, selain mendakwanya tidak berlaku adil.
"Kalau kereta, bas dan lori sama ada balik ke Singapore, ataupun nak pergi ke Johor, kau buat tak tahu je."
"Bang kalau nak adil, sama-sama la. Kereta, bas semua saman, adil."
"Nak kata aku potong Q, ada gambar? Ada bukti aku potong Q?"
"Kita ni bang, kita dah lama kenal bang."
Namun, netizen menganggap tindakan dua individu itu hanya mengganggu penjawat awam sedang menjalankan tugas dan perbuatan seperti itu boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan undang-undang, selain cuba mengaibkan anggota berkenaan.
"Tak payah banyak cakap. Gari saja dan sembang di balai," kata netizen.
"PDRM, JPJ dan anggota penguatkuasa lain hanya menjalankan tugas. Kalau awal-awal kau minta maaf, cakap baik-baik, confirm polis bagi amaran lisan sahaja. Mereka pun manusia. Ini dah kira kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas," kata netizen lain.
from The Reporter http://bit.ly/2CnMJdL
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment