Home » , » Anggota merokok di premis makanan akan dikenakan tindakan - KPN

Anggota merokok di premis makanan akan dikenakan tindakan - KPN

shamsulazlan | 23:45 | 0 comments

Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang anggotanya yang melanggar larangan merokok di premis makanan hingga telah menjadi tular dalam media sosial, semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata arahan telah diberikan kepada pengarah jabatan yang berkenaan untuk mengenal pasti anggota tersebut bagi membolehkan tindakan dibuat.

“Dia (individu terlibat) ialah anggota beruniform dan kerajaan telah menguatkuasakan larangan merokok. Larangan itu perlu dipatuhi semua pihak termasuklah para pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia.

“Jadi amat tidak beretika jika mereka melanggar perbuatan yang memang tidak boleh dilakukan di tempat terbuka (premis makanan) pada ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.



Beliau yang ditemui selepas menghadiri mesyuarat Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPKK) bersama Ketua-Ketua JPJKK negeri di sini, mengulas mengenai penularan sebuah video semalam yang menunjukkan seorang anggota polis sedang memegang rokok ketika berada di sebuah premis makanan yang termasuk dalam kawasan larangan merokok. ― Bernama


from The Reporter http://bit.ly/2sQpPaI
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger