Seorang jururawat lelaki di Arizona ditahan polis atas dakwaan melakukan serangan seks terhadap seorang pesakit wanita yang koma sehingga mangsa melahirkan bayi.
Mangsa yang berusia 29 tahun, melahirkan seorang bayi lelaki pada bulan lalu. Semakan DNA bayi itu didapati padan dengan DNA suspek, Nathan Sutherland, 36, yang membawa kepada penahanannya.
Difahamkan, Nathan bekerja di pusat itu sejak tahun 2011.
Pada 29 Disember lalu, mangsa yang sudah koma selama 14 tahun itu tiba-tiba melahirkan seorang bayi lelaki. Perkara itu mengejutkan warga penghuni pusat berkenaan dan tiada sesiapa yang tahu mangsa hamil walaupun dia dijaga sepanjang masa. Malah tiada tanda-tanda yang menunjukkannya hamil.
Timbul persoalan yang mendakwa kemungkinan ada konspirasi di antara kakitangan pusat itu yang membenarkan serangan seksual itu berlaku tanpa dapat dikesan.
Polis sedang menyiasat jika suspek pernah melakukan perbuatan yang sama terhadap pesakit wanita yang lain dan jika mangsa pernah dirogol lebih dari sekali.
Suspek, bapa kepada empat orang anak itu berdepan dengan satu tuduhan serangan seks dan satu tuduhan salah laku terhadap individu dewasa yang tidak berdaya.
Sumber: The Hollywood Gossip, Harian Metro
from The Reporter http://bit.ly/2B29CUa
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment