Home » , » 'Ramai nampak mereka bertiga basah kuyup, tiada seorang pun yang tegur...'

'Ramai nampak mereka bertiga basah kuyup, tiada seorang pun yang tegur...'

shamsulazlan | 05:22 | 0 comments

Netizen memuji keprihatinan lelaki ini yang membantu menghantar si ibu dan bayinya ke destinasi, sementara suaminya menunggang motosikal mengikuti dari belakang. 

Susilekumar Thamotaran tidak sampai hati melihat keluarga itu dalam keadaan basah kuyup ditimpa hujan. Ditambah pula pasangan itu membawa anak kecil menuju ke destinasi yang agak jauh. 

MALAM semalam (15 Januari 2019), saya dalam perjalanan dari Puchong ke Rawang. Kemudian kami singgah di Shell Subang (highway) nak isi minyak. 

Hujan lebat sangat dan kami terserempak dengan sepasang suami isteri Melayu dengan anak berusia setahun tiga bulan, menunggang motosikal. Mereka basah kuyup. 

Kami tak sampai hati, kemudian kami tanya si suami, ke mana destinasi yang ingin mereka tuju. Mereka kata, mereka dalam perjalanan ke Sri Damansara. Jadi, kami pun tawarkan pada si suami untuk menghantar isteri dan anaknya ke Sri Damansara. 

Dia dengan senyuman gembiranya, bersetuju. Jadi, kami bawa dan hantar isteri dan anaknya, sementara suaminya menunggang motosikal mengekori kami. 

Selepas hantar mereka di Sri Damansara, mereka pun berterima kasih. 

Tujuan saya kongsi benda ini sebab ramai yang nampak keluarga itu tak ada baju hujan dan basah. Tetapi tiada seorang pun yang tegur. Setakat tumpangkan mereka saja, bukannya you all rugi berjuta. Fikirlah sikit, kawan-kawan. 



from The Reporter http://bit.ly/2swv13s
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger