Home » , » 'Shoes in the house, are they even Asians?' - Netizen kritik iklan CNY Panasonic

'Shoes in the house, are they even Asians?' - Netizen kritik iklan CNY Panasonic

shamsulazlan | 22:03 | 0 comments

Rabu lalu, Panasonic Malaysia memuat naik iklan terbaru mereka bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina 2019 di Facebook rasminya, mendapat pelbagai reaksi netizen. 

Iklan bertemakan muzik K-Pop dan Lat Tali Lat Tali Tam Pom itu dihasilkan berdasarkan kreativiti syarikat jenama barangan elektrik popular itu bagaimanapun, menimbulkan beberapa persoalan netizen. 


Berdasarkan video berdurasi tiga minit tersebut, si ibu memaklumkan kepada anak perempuannya bahawa nenek mereka akan datang beraya di rumah. Untuk itu, dia bersama dengan dua beradiknya dikehendaki mengemas rumah. 

Iklan yang dipengaruhi dengan unsur-unsur muzik video Blackpink itu menunjukkan tiga beradik itu mengemas rumah menggunakan barangan Panasonic seperti vakum, pengering rambut, kamera, mesin basuh dan lain-lain. 

Bagaimanapun, netizen mempertikaikan apakah menjadi budaya orang Malaysia memakai kasut di dalam rumah? 

"Saya tertanya-tanya, macam mana diorang promote vacuum cleaner/mop sementara gadis itu pakai kasut dalam rumah?" - Rui Ming Teo. 

"Shoes in the house, are they even Asians?" - Alex Choong. 

"Muzik catchy tapi kenapa gadis-gadis itu kelihat seperti mencabul barangan elektrik berkenaan?" - Elaine Tan. 


Sejak dimuat naik di Facebook Rabu lalu, video itu telah ditonton lebih 181,000 kali dan dikongsi 1,245 kali. 


from The Reporter http://bit.ly/2W5j02p
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger