Home » , » (Video) SUV tercampak dalam laut selepas dilanggar Vios yang dipandu laju

(Video) SUV tercampak dalam laut selepas dilanggar Vios yang dipandu laju

shamsulazlan | 22:38 | 0 comments

Sebuah kereta jenis SUV tercampak ke dalam laut selepas dilanggar kenderaan yang terbabas di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Seberang Perai. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.50 pagi, dan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu dan menghantar pasukannya ke lokasi kejadian.

Sebaik saja tiba, kereta Toyota Vios itu didapati remuk di bahagian depan dan belakang. Sementara sebuah lagi kenderaan dilaporkan jatuh ke dalam laut.


"Kita bekerjasama dengan polis marin bagi misi mencari dan menyelamat. Bot digunakan di lokasi kejadian untuk mencari kenderaan terbabit," katanya. 

Berdasarkan video dashcam saksi menunjukkan, kereta SUV berwarna putih itu dipandu di lorong kanan. Namun Toyota Vios yang dipandu dengan laju dipercayai cuba memintas kereta SUV dengan beralih ke lorong tengah sebelum memasuki laluan kenderaan saksi.

Pemandu itu bagaimanapun gagal mengawal kenderaannya yang kemudian terbabas lalu melanggar bahagian tepi kiri kereta SUV itu sebelum terbalik beberapa kali dan terjatuh ke dalam laut. 




from The Reporter http://bit.ly/2U0ZDWo
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger