Home » , » 'Dia tinggalkan rumah dengan bil elektrik RM9,351.36!' - Pemilik rumah sewa kesal dianiaya bekas penyewa

'Dia tinggalkan rumah dengan bil elektrik RM9,351.36!' - Pemilik rumah sewa kesal dianiaya bekas penyewa

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments

Seorang pemilik rumah sewa terkejut apabila mendapati bil elektriknya mempunyai tunggakan sebanyak RM9,351.39 angkara penyewa yang tidak bertanggungjawab. 

Menurut Hajiem Ahmad berkata, dia kini terpaksa mencari bekas penyewanya itu melalui media sosial kerana individu terbabit tidak menunaikan janjinya yang sebelum ini berkata mahu melangsaikan semua tunggakan tersebut. 

"Minta jasa baik sesiapa yang mengenali Rozita binti Chik Din atau Chik Ali dan keluarga untuk menghubungi saya di Facebook, WhatsApp, Instagram atau apa-apa sahaja yang boleh.

"Tujuan saya mencari dia adalah disebabkan oleh kerana dia telah meninggalkan rumah yang disewanya dari saya dengan bil elektrik berjumlah RM9,351.39 tanpa saya sedari.


"Selain itu, beliau juga telah menyebabkan bil air SYABAS telah dilupuskan ekoran kegagal membayar bil air tertunggak. 

"Pada mulanya dia menjawab panggilan dan WhatsApp saya, berjanji mahu melangsaikan hutang tersebut. Tetapi janji cuma tinggal janji. 

"Kini saya gagal menghubunginya dan tidak tahu di mana kediaman terbaru yang dia sewa. Saya khuatir dia akan buat benda sama pada pemilik rumah sewa lain. Jadi minta semua berhati-hati. Katanya pindah berdekatan saja, maksudnya dia masih ada di Shah Alam," katanya. 


Ada beberapa perkara yang menimbulkan persoalan netizen iaitu mengapa pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak memotong bekalan elektrik itu apabila bil elektrik sudah mencapai jumlah deposit yang dibayar oleh pemilik rumah. 

Menurut Hajiem, penjelasan yang diberikan oleh pihak TNB kepadanya berkata, bekalan elektrik di rumah sewanya itu telah dipotong dua tahun lalu sewaktu bil elektrik mencecah RM1,500 dan pihak TNB sendiri juga pelik mengapa meter masih berfungsi walaupun bekalan elektrik telah dipotong. 


Hajiem mengesyaki, penyewanya telah memberi suapan kepada kontraktor lantikan TNB yang diarahkan untuk memotong bekalan elektrik itu. 

"Aku syak dia (penyewa) dah bayar kontraktor yang datang potong itu. Dia tak cabut fius, tapi dia buat laporan pada TNB kononnya dah potong." katanya. 

Ekoran kejadian itu, Hajiem membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 

"Bukan nak kata apa, cuma nak dia bertanggungjawab sahaja. Kita pun ada keluarga nak dijaga. Takkan nak tolong dia langsai hutang dia?" katanya. 

Pengusaha rumah sewa dinasihatkan meletakkan nama penyewa pada bil elektrik bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. Selain itu, penggunaan aplikasi untuk menyemak pembayaran bil elektrik bulanan juga dapat membantu bagi mengetahui penyewa telah membayar bil atau belum. 


from The Reporter http://bit.ly/2QZRwaJ
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger