Polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang jahit kerana didakwa membelasah isterinya hanya disebabkan mangsa tidak pandai bersolek.
Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu 19 Januari 2019 di Pekalongan, Indonesia, suspek, Akhmad Khumaidi, 31, membelasah isteri berusia 23 tahun sehingga menyebabkan wajah mangsa lebam teruk.
Difahamkan sebelum kejadian itu, pasangan terbabit menghadiri sebuah majlis. Namun selepas pulang ke rumah, suspek memarahi isterinya kerana tidak pandai bersolek dan mendakwa mangsa sengaja memalukannya.
Tidak cukup dengan itu, suspek turut bertindak menusuk kunci motosikal pada lutut isterinya berulang kali, malah memukul mukanya dengan topi keledar sehingga menyebabkan hidungnya berdarah. Kening mangsa turut ditendang oleh suspek.
Akibatnya, mangsa mengalami kesan lebam di bahagian kening dan kedua-dua matanya, selain kuka di hidung dan kaki akibat ditusuk dengan kunci motosikal.
Mangsa kemudian keluar dari rumah dan tinggal di rumah saudaranya yang tidak jauh dari kediaman mereka.
Selang sehari kemudian, suspek datang memujuk mangsa untuk pulang ke rumah, tetapi isterinya enggan berbuat demikian lalu suspek mengugut mahu membunuhnya. Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis.
Bertindak di atas laporan itu, suspek telah ditangkap pada Selasa dan mengaku melakukan perbuatan itu kerana kecewa serta malu dengan isterinya yang tidak bersolek.
Suspek telah didakwa melakukan keganasan rumah tangga. Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau dengan sehingga 15 juta rupiah (RM4,400).
Sumber: Sinar Harian, DetikNews
from The Reporter http://bit.ly/2DwpDn7
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment