Dalam kes yang melibatkan Jennifer Pan ini, hidupnya terlalu dikawal dan segalanya perlu mengikut kehendak ibu bapanya. Pendek kata, dia tidak memiliki kebebasan untuk menentukan kemahuannya sendiri.
Pada awal dia masih boleh menuruti didikan ibu bapanya, namun lama kelamaan, akibat pengaruh dari teman lelaki yang tidak berguna, akhirnya dia terjerumus ke ke kehidupan di penjara untuk sepanjang hayat. Baca perkongsian dari @ZafirahZukipli, semoga bermanfaat
JENNIFER PAN: Upah pembunuh upahan untuk bunuh ibu bapa sendiri. Kesan tiger parenting atau memang sikap semulajadi remaja yang memberontak?
Sebelum kita mula, sumber diperolehi dari Google dan YouTube. Kalau ada yang salah, betulkan dan boleh tambah kalau ada yang kurang. Okey?
Jennifer Pan ini adalah anak kepada pasangan Vietnam yang berhijrah ke Kanada. Ibu bapanya sangatlah bekerja keras sehingga mampu mendapat kerja besar dan mampu membeli rumah besar. Mereka juga memiliki kereta Mercedes dan Lexus. Jadi boleh dikatakan sangat berjaya sebab rata-rata yang berhijrah itu susah sampai tak ada tempat berteduh pun.
Ibu bapa Jennifer ini sangat tegas dan mengamalkan disiplin tinggi. Kalau korang tahu Tiger Parenting itu, tahulah macam mana dan kebanyakan Asian Parents sebab yelah, sangat menjaga nama baik keluarga. Mereka mahu anak merkea berjaya dalam semua aspek. Baik akademik mahupun kokurikulum.
Rutin Jennifer sangat ketat. Contohnya mmemang kena belajar dan tuisyen dari pagi hingga malam. Hanya berehat bila waktu makan dan tidur sahaja. Kemudian pergi kelas muzik, aktiviti kokurikulum dan ada sekali itu parent dia suruh berlatih skating sampai patah kaki.
Jennifer sangat tertekan dengan parent dia yang control hidupnya dari A-Z sehingga dia pernah bertindak menoreh tangannya. Tapi disebabkan takut, dia menyorok luka torehan itu. Dia lebih rela menahan sakit ditoreh daripada dikawal oleh ibu bapanya.
Dipendekkan cerita, semasa di middle school, Jennifer sangat aktif dan pandai. Jadi, masa akhir tahun ada majlis penyampaian hadiah. Parents semua datang dan parent dia meletakkan harapan tinggi so that hari itu anak dia dapat naik pentas sebagai pelajar cemerlang.
Jennifer pun yakin yang dia akan mendapat anugerah itu sebab di sekolah, sudahlah dia pandai, aktif pula. Parent dia tunggu nak bangun sorak sebab bangga dengan anak mereka, alih-alih orang lain yang mendapat anugerah itu. Punyalah terkejut Jennifer sebab dia dah belajar siang malam, aktif itu ini tetapi akhirnya tak dapat. Dia rasa down sangat dan dengan parent dia punya high expectation itu membuatkan dia rasa takut dan tertekan.
Suara-suara memberontak kata dia pandai dan berbakat macam mana pun tak ada orang hargai. Buat bazir dan letih sahaja.
Selepas itu, parent dia semakin tegas dan lebih control kehidupannya.
Bila masuk high school, dah makin turun result dia. Disebabkan takut sangat, masa dapat result itu dia ubah dan tukar result dia jadi straight A. Kawan dia cakap bukannya tapi sebab ada B sahaja. Sebab Greb B itu buat parent dia kecewa dengan dia dan B itu dikira gagal dalam kehidupan bagi mereka.
Sepanjang high school itu dah jadi ketagih tukar result. Setiap kali dapat result, dia akan edit dan tukar jadi A Sampai ke sudah, parent dia bangga dengan result tipu itu.
Masa high school ini pun sama kena control. Bila kawan-kawan ajak keluar, memang dia tak pernah pergi sebab parent dia tak bagi keluar rumah. Kalau ada sleepover, tengah malam nak tidur, parent dia pergi hantar dan pagi-pagi orang tak bangun lagi, parent dia dah tunggu nak ambil. Sleepover apa benda macam tu? Hahaha!
Kemudian di high school jugalah dia bertemu dengan teman lelakinya, Danny Wong. MAsa itu Jennifer kena serangan asma. Kemudian dalam ramai-ramai, Danny yang datang menenangkan dia.
Danny Wong ini pula memang student tetapi dalam masa yang sama pengedar dadah. Bukan pengedar kecil-kecilan, tetapi pengedar untuk geng-geng besar di Kanada.
Bercinta punya pasal, tak boleh grad high school pula. Aduh, macam mana nak cover ni? KEna bedal dengan parent dia la kalau tahu tentang hal ini Tetapi sebab dah terbiasa dan mahir dalam menipu, nak grad pun boleh tipu dan buat sijil palsu apa semua.
Ada juga sumber, dia kata ramai sangat students batch dia dan bila nak grad, pihak sekolah hanya benarkan seorang saja yang masuk ke dalam dewan Katanya tak nak salah seornag dari parent dia masuk, so dia bagi tiket itu kepada kawan dia dan parent dia tak pergi ke majlis gred itu.
Kemudian dia buat pula surat tawaran palsu untuk masuk universiti dalam bidang pharmacology yang memang ayah dia mahukan. Ayah dia gembira sangat-sangat sampai beli laptop, buku dan buat surprise semua tapi tak tahu anak dia menipu.
Dipendekkan lagi cerita, pasangan itu ditipu sehingga dua bulan. Ayah dia nak pergi melawat, kemudian dia kata tak boleh sebab hujung minggu dia jadi volunteer di hospital. Sepanjang dua tahun itu, dia masih lagi bercinta dengan Danny. Jinnefer juga buat kerja-kerja sambilan sebagai guru muzik.
Satu hari, ayah dia teringin nak hantar Jennifer ke tempat dia volunteer itu.Sampai di depan hospital, parent dia nak ikut masuk ke dalam tetapi dia tidak benarkan dan terus keluar dari kereta, bersembunyi di dalam hospital itu beberapa jam.
Dalam masa sama, parent dia macam "Kenapa anak saya ni, sampai begitu sekali tak bagi orang masuk". Kemudian barulah mereka rasa ada sesuatu tak kena dan parent dia cari-cari dalam hospital. tak jumpa. Kemudian mereka bertanya kepada seorang jururawat berhampiran dan alangkah terkejut apabila mereka dimaklumkan yang hospital itu tak ada program volunteer.
Apa lagi berapilah ayah dia. Salah satu sumber mendakwa Jennifer dihalau tetapi ibunya cuba memujuk suaminya agar tidak berbuat demikian. Kemudian selesai masalah tetapi Jennifer hanya dibenarkan duduk di rumah sahaja, tak dibenarkan keluar.
Dalam masa yang sama, dia ceritalah fake result semua dan dia tinggal dengan teman lelakinya si Danny sepanjang pengajian dia. Sedih dan remuk hati kena tipu bertahun-tahun weh.
Bertambah gila apabila kena kurung dalam rumah, tambahan tak boleh bertemu dengan teman lelaki. Kereta, telefon bimbit dan laptop semua kena rampas. Ayah dia juga kata, "langkah mayat aku dulu kalau kau nak jumpa jantan berdebah itu". Apabila dia terdengar perkataan mayat itu rupanya Jeniffer sudah ada idea.
Selepas dua minggu, dia dibenarkan keluar tetapi hanya untuk menjadi cikgu muzik sahaja dan perlu balik sebelum waktu malam.
Tapi satu hari itu dia sempat keluar dengan Danny dan rupanya sepanjang dikurang itu, dia dapat tahu bahawa insurans ibu bapanya bernilai juta-juta.
Ditambah pula dengan tengah sakit hati sebab dikurung, lalu dia buat rancangan untuk membunuh ibu bapanya sendiri agar dia dapat bersama dengan Danny dan menikmati harta peninggalan ibu bapanya kelak.
Jennifer minta Danny cari pembunuh upahan dan pecah masuk ke rumahnya dan ditembak mati. Danny pula nak cari pembunuh upahan senang saja. Dia dealer kot, dah pernah jumpa orang macam-macam.
8 November 2010, malam itu sebelum tidur, dia peluk cium mak dia di ruang tamu dan minta izin untuk masuk tidur. Ayah dia dah tidur dalam bilik. Masa dia pergi di pintu dan buka kunci senyap-senyap sebab senang nanti BF dia nak masuk. Que dia bila dia tutup lampu bilik, semua boleh masuk.
Masa ditarik ini, dia ternampak salah seorang dari penceroboh ini sedang mengikat tangan Jennifer kononnya tebusan dan dia beritahu jangan buat apa-apa pada anak dia.
Kemudian BF yang sedang mengikat tangan Jennifer berkata, "tidak perlu risau. Kami tak buat apa-apa". Jennifer pula tidak nampak cemas.
Parents Jennifer dibawa ke basement dan kepala mereka ditutup dengan selimut. Kemudian kedua-dua mereka ditembak berkali-kali di badan dan kepala. Akhir sekali mereka tembak belakang kepala bagi memastikan mereka benar-benar mati.
Selepas itu mereka pergi begitu sahaja dan Jennifer pun mula menghubungi 911 memaklumkan kononnya ada kejadian pecah masuk apa semua.
Tiba-tiba dia terdengar suara ayahnya meminta tolong di bawah. Alamak!!
Polis curiga melihat keadaan Jennifer yang elok, perabot di rumah pun dalam keadaan baik, tak ada apa tapi parents dia dibunuh dengan dahsyat.
Jennifer turut disoal siasat tetapi tidak mengaku sampai ke sudah. Polis suruh dia buat demo macam mana tangan kena ikat tapi boleh call polis semua.
Polis nak menyoal siasat ayah dia pun tak boleh sebab tengah koma, jadi senanglah Jennifer buat cerita
Polis cuba menekan Jennifer dan sekali lagi timbul pula cerita lain pula. Dia kata memang dia upah pembunuh upahan untuk membunuh dia, bukannya ahli keluarganya. Miscommunication katanya. Tetapi polis tidak percaya dan menganggap itu semua mengarut.
Tidak lama kemudian ayahnya sedar dari koman dan perkataan pertama dia beritahu ialah 'Jennifer'. Polis sudah menjangka, tunggu ayah dia okey sikit, barulah disoal-siasat.
Ayah dia terus beritahu bahawa Jennifer merupakan dalangnya kerana semasa dia kena tarik dari bilik itu, dia ternampak Jennifer senyum-senyum dan masa di ikat pun elok-elok saja.
Teman lelaki Jennifer pula berkata, "Jangan risau pakcik apa semua ini." membuatkan dia yakin bahawa Jenniferlah dalang semua kejadian ini.
Selepas itu buat soal siasat lagi sekali dan periksa telefon bimbitnya sah mengandung perbualan mengenai rancangan membunuh dari A-Z dengan Danny.
Ayah dia sangat sedih dan kecewa. Tetapi selepas itu dia memang tidak boleh melihat wajah Jennifer itu lagi yang sanggup membunuh isterinya berusia 30 tahun dan kena tembak di depan muka.
Akhirnya, Jennifer dan Danny hidup bahagia dia penjara. Semua disabitkan kesalahan dan Jennifer kena paling berat kerana dia merupakan dalang pembunuhan itu.
Setakat itu sahaja yang saya tahu. Kalau korang ada nak tambah atau betulkan, sila. Dan kalau tak menarik, minta maaf.
Bagi saya ia menarik sebab motif dan environment dia. Semua boleh jadi motif sebab hati orang kita tak tahu. Jadi berhati-hatilah.
VIDEO LAKONAN SEMULA
Sumber: @ZafirahZukipli
from The Reporter http://bit.ly/2RqHIM1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment