Home » , » Budak terjatuh dalam perigi sedalam 350 kaki, 17 jam berlalu, pasukan penyelamat masih mencari jalan untuk menyelamatkannya

Budak terjatuh dalam perigi sedalam 350 kaki, 17 jam berlalu, pasukan penyelamat masih mencari jalan untuk menyelamatkannya

shamsulazlan | 07:10 | 0 comments

Pihak berkuasa Sepanyol sedang giat menjalankan usaha menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang terjatuh ke dalam sebuah perigi.

Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa, Yulen, 2, masih hidup atau tidak selepas terjatuh ke dalam perigi dengan kedalaman 350 kaki di pergunungan Sierra de Totalan, Malaga. 

Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang bermain dengan ahli keluarganya pada tengah hari Ahad. 

Dipercayai keluarganya mendengar tangisan Yulen selepas mangsa terjatuh ke dalam perigi itu sebelum terus senyap. 

Beratus kakitangan perkhidmatan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian tetapi hasrat mereka untuk menyelamatkan mangsa terhalang berikutan saiz lubang perigi itu yang hanya berdiameter 25 sentimeter. 

Difahamkan, pasukan keselamatan masih meneruskan usaha lebih dari 17 jam untuk menyelamatkan mangsa, termasuk menggunakan kamera yang dimasukkan ke dalam lubang itu dan menemui beg yang dibawa oleh mangsa. 


Mereka sedang mempertimbangkan semua pilihan yang ada termasuk menggali lubang berhampiran bagi membolehkan kru penyelamat mengetahui kedudukan mangsa sekali gus menyelamatkannya. 

Sumber: Mirror


from The Reporter http://bit.ly/2FxWauz
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger