Seorang penganggur yang mencuri pelbagai jenis gula-gula penyaman tekak dan coklat di kedai runcit Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam dipenjara tiga minggu oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, hari ini .
Majistret Wong Chai Sia menjatuhi hukuman itu ke atas Nor Zaidi Nong, 45, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri 15 paket Strepsils, 16 peket Fisherman’s Friend dan 41 peket coklat keseluruhan bernilai RM304 milik Hospimart Shoppe Sdn Bhd.
Dia melakukan perbuatan itu di Hospimart Shoppe, aras bawah bangunan lama HKL, pada kira-kira 7.44 pagi, 18 Jun mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 18 Jun.
Ketika rayuan, Nor Zaidi yang tidak diwakili peguam memohon maaf kepada mahkamah atas perbuatannya dan merayu hanya dijatuhi hukuman ringan namun Timbalan Pendakwa Raya K.Vasugi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. - Bernama
from The Reporter https://ift.tt/2lfARlY
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment