Home » , » Bila isteri baru bersalin beritahu terdengar suara ghaib, jangan buat tak endah!

Bila isteri baru bersalin beritahu terdengar suara ghaib, jangan buat tak endah!

shamsulazlan | 01:28 | 0 comments

Meroyan atau postpartum depression adalah penyakit yang dihadapi oleh golongan ibu apabila mengalami perubahan yang ketara selepas bersalin. Dalam kes baru-baru ini, seorang ibu mengelar leher bayinya berusia 19 bulan sehingga menyebabkannya maut. 

Penyakit meroyan ini boleh ditangani sekiranya para suami, ahli keluarga, kenalan dan orang sekeliling faham dan tahu gejala-gejala awalnya. Manfaatkan perkongsian dari Shahrizal Azwan Bin Samsudin ini. 

APABILA isteri yang baru bersalin memberitahu anda bahawa dia ada terdengar suara ghaib, maka janganlah para suami atau ibu bapa buat tak endah dengan perkara tersebut. Itu adalah gejala post partum psychosis. 

Perkataan 'meroyan' ini sering digunakan sebagai galang ganti kepada masalah ini. Namun ia tidak efektir kerana ia menyebabkan orang ambil mudah dan akan pass remakrs yang tidak elok. Seolah-olah ia adalah satu kelemahan para ibu dan stigma yang kekal pula di mata masyarakat.

Masyarakat perlu didedahkan dengan masalah post partum psychosis. Suami boleh melihat perubahan ini secara ketara selepas bersalin. 

Jika isteri sering menangis, ada perubahan tingkah laku yang jelas seperti ketawa secara tiba-tiba atau bersedih tanpa sebab, tiba-tiba ingin menyendiri dan menjauhi dari perbualan, bercakap terlalu banyak lebih daripada biasa atau menjadi terlalu diam, mengalami delusi atau kepercayaan mengarut yang sukar digugat seperti anak yang dilahirkan adalah anak syaitan, atau halusinasi pendengaran seperti mendengar suara ghaib untuk membunuh anak atau diri sendiri, maka segeralah mengambil tindakan. 

Post partum psychosis ini boleh dirawat. Ia adalah satu penyakit sebagaimana penyakit asma, darah tinggi dan kencing manis. Ia bukan kerana si ibu kurang membaca Al-Quran atau kurang bertaqwa kepada Allah. Penghafal Al-Quran dan pakar agama pun boleh terkena post partum psychosis kerana ia adalah sejenis penyakit yang berlaku secara tiba-tiba. Wanita yang sihat sebelum ini juga boleh terkena.

Sebaiknya, golongan suami perlulah memberi sokongan kepada isteri untuk menghadapi penyakit ini. Yang penting kita tahu bahawa ia bukan salah ibu dan jangan salahkan si ibu berkenaan. Ia adalah penyakit yang boleh dirawat sekiranya ditangani dengan betul. 



from The Reporter https://ift.tt/2Iq6kuK
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger