Harapan Ramai Pada Yang Matang
Politik tempatan bergelombang dan arus politik semakin bercelaru. Sejak pemilihan kerajaan baru di bawah Pakatan, semakin ramai orang Melayu dan Muslimin gelisah dan kehampaan. Perasaan euphoria rata-rata nyata khususnya dikalangan bukan Melayu yang telah bersatu padu menolak Umno untuk menerajui kerajaan. Dikalangan Melayu khususnya penyokong-penyokong UMNO, ramai merasa hambar dan pendam dalam hati melihat perubahan kerajaan baru yang lebih cenderung mengikut telunjuk DAP sehinggakan penggunaan bahasa kebangsaan, institusi bangsa dan agamapun mulai dipertikaikan.
Maka pemilihan UMNO memdapat perhatian dan menjadi tumpuan bukan sahaja ahli Umno tetapi semua lapisan rakyat dan negara. Inilah julung-julung kali UMNO mempunyai pilihan beberapa penjuru tetapi hanya tiga tokoh utama yang akan dipertimbangkan.
Pertamanya, Timbalan Presiden Dato Seri Zahid Hamidi akan secara automatisnya dipilih menyandang jawatan Presiden kalau memgikut protokol dan susunan. Namun masa telah berubah dan kini Umno dalam keadaan darurat dan karpal Umno dan BN tergugat dan terumbang-ambing. Ramai anak karpal sudah mula melompat atau “jump ship”. Ini antaranya adalah petanda kurang atau kehilangan keyakinan pada Kapten atau Nakhoda karpal. Walaupun Zahid cuma adalah Timbalan tetapi keramaian melihat kejatuhan Kerajaan BN dalam PRU14 itu sebagai tanggungan gandingan kepimpinan Dato Seri Najib dan Dato Seri Zahid sehinggakan Dato Seri Hishamuddin turut menerima tanggung-jawap kekalahan parti walaupun berada di tanga ketiga dalam hirarki parti.
Keduanya , mantan Ketua Pemuda Khairy Jamalludin dilihat sebagai seorang pemimpin yang berpotensi untuk memimpin parti khususnya untuk menarik sokongan golongan muda dan liberal . Walaupun Khairy seorang pemuda yang berkalibre dan ligat tetapi malangnya suasana politik tidak memihak kepadanya lebih-lebih lagi disebelah lawan ialah Tun Dr Mahathir Mohamad , Tun Daim dan Anwar Ibrahim. Tambahan pula Khairy lebih cenderung membawa Umno ke jalan “multiracial” yang mungkin belum lagi boleh diterima ramai dalam Umno yang masih konservatif dan enggan membuat perubahan yang terlalu mendadak. Kelihatan Khairy mempunyai kiraannya yang tersendiri dalam mempelopori sebuah parti “multiracial” yang lebih bersesuaian untuk jangkaan masa lama.
Dalam pada itu , pemimpin UMNO yang paling matang dan paling layak untuk menggerakan langkah dan strateji memperkasakan Umno dan memangkas lawan adalah pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.
Pertamanya Ku Li mempunyai aura dan kebijaksanaan kepimpinan Melayu Lama dan kematangan kepimpinan serta susunan langkah politik yang licin dan teratur. Ku Li juga pernah bekerjasama dengan PAS dan DAP dalam Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah. Ku Li tidak gopoh dalam tindakan dan kata-katanya disepanjang hayat politiknya.
Keduanya, rata-rata rakyat Malaysia boleh menerima Ku Li yang dipandang sebagai seorang pemimpin yang peramah serta bertimbangrasa. Kalau berbanding dengan Tun Mahathir , Ku Li memang kurang licik dalam permainan politik. Namun Ku Li dapat dan berkeupayaan menarik balik sokongan Cina dan India pada Umno sekiranya Umno kembali kepada landasan perjuangan parti Umno Lama dan semangat kongsi kuasa zaman Perikatan. Tambahan pula Ku Li berupaya menarik balik sokongan Melayu bandar dan intelek kerana personae dan mindanya.
Akhir sekali dari segi “karma” atau balasan politik, Ku Li dipercayai telah menang dalam pemilihan parti tahun 1987. Disebabkan oleh kelicikan politik Mahathir , keputusan pilihan parti telah dicabar dan akhirnya Umno lama diharamkan dan Umno baru ditubuhkan oleh Tun Mahathir. Adakah kedua-dua tokoh ini telah ditakdirkan untuk bertembung lagi dalam suasana dan masa ini ? Adakah Ku Li ditakdirkan untuk mempelopori Umno dan rakan-rakan politik untuk kembalikan semangat silatulrahim Antara kaum dalam era karpal Perikatan ?
Sama-samalah kita lihat kebijaksanaan ahli-ahli UMNO dalam membuat pilihan. Kepimpinan Umno yang boleh membawa Umno kembali kuat dan kukuh tetapi tidak sombong dan angkuh. Harapan kita pemimpin yang dipilih kelak haruslah mempunyai ciri-ciri kepimpinan kemelayuan yang boleh mencangkumi selera rakyat Malaysia yang majmuk, generasi tua-muda dan penduduk desa-kota.
Kupasan dan pemerhatian oleh :
DS Ti Lian Ker
Mantan Adun Indera Mahkota
The post Dato Seri Ti Lian Ker : Ku Li Kembali Memperkasakan UMNO appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM https://ift.tt/2KoxUux
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment