Home » , » Adakah Anwar , Rafizi dan PKR Bakal Menjadi UMNO 2.0 ? – 10 Kepimpinan Malaysia Baharu Yang Anwar Perlu Belajar Daripada Parti dan Kepimpinan Lain Dalam Harapan

Adakah Anwar , Rafizi dan PKR Bakal Menjadi UMNO 2.0 ? – 10 Kepimpinan Malaysia Baharu Yang Anwar Perlu Belajar Daripada Parti dan Kepimpinan Lain Dalam Harapan

shamsulazlan | 05:06 | 0 comments

Dalam era Malaysia baharu kita dapat melihat pembaharuan yang amat memberangsangkan dan cepat dalam komponen parti Pakatan Harapan. Kita lihat bagaimana dengan cepatnya parti PPBM , DAP dan AMANAH dengan cepat menjadi matang dan memiliki mentaliti sebagai pentadbir. Walaupun tidak sempurna tetapi setakat ini pengalisis politik berpendapat ketiga – tiga parti ini cukup berdisiplin dan bermuafakat.

Mereka lebih fokus untuk mentadbir , melaksanakan janji – janji , berbicara tentang dasar dan polisi dan juga menyelamat dan membina Malaysia yang lebih baik. Mereka hampir berjaya meninggalkan budaya dan mentaliti politik mereka sebagai pembangkang.

1.Perjuangan Pembangkang – Hanya Anwar , Rafizi dan PKR Yang Suka Sebut 

Ketiga – tiga parti ini lebih fokus kepada proses pembinaan negara daripada terus berbicara tentang perjuangan dan pengorbanan mereka. Kita lihat bagaimana pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang yang sudah dipenjara untuk sekian lama dan beberapa kali dan berjuang lebih daripada 50 tahun serta bertanding dalam pilihan raya berhadapan dengan pihak kerajaan juga tidak pernah sekali sebut mengenainya. Perjuangan Muhammad Sabu lebih daripada 40 tahun dan Lim Guan Eng pula lebih daripada 30 tahun.

Anwar Ibrahim yang dahulunya sudah selesa berada dalam kerajaan pada tahun 1982 – 1998 selama 16 tahun kini asyik sibuk hendak berbicara tentang pengorbanan perjuangan selama 20 tahun. Anwar Ibrahim perlu ingat bahawa beliau bukan seorang sahaja yang masuk dan keluar penjara dalam perjuangan politik membina Malaysia baharu. Bezanya yang lain berjuang masuk penjara kerana idealisme , polisi dan dasar terhadap BN dan bukannya baharu mula berjuang dan menlaungkan REFORMASI selepas dipecat oleh BN. Yang masuk penjara berpuluh tahun , ditindas lebih 5 dekad lamanya dan berjuang lebih 50 tahun seperti Lim Kit Siang pada hari ini adalah lebih ikhlas apabila membuat cadangan tidak mahu berada dalam kabinet kerana mahu memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda memimpin era Malaysia baharu.

Yang lain masuk perjuangan disebabkan oleh perjuangan politik. Ini masuk penjara disebabkan jenayah. Dimaafkan tidak semestinya bermaknya tidak bersalah.

Politik sedemkian yang dikatakan ‘Action Speaks Louder Than Words’ iaitu melalui tindakan , perbuatan dan body language politik dan bukan sahaja retorik berkata kita juga boleh berjuang sebagai rakyat biasa dan tidak perlu sibuk hendak berebut menjadi Menteri tetapi selepas itu pula kata mahu mempercepatkan proses kembali menjadi wakil rakyat. Sifat dan sikap politik CHAMELEON UMNO inilah yang merisaukan masyarakat tentang perjuangan politik sebenar anda.

Mereka yang berjuang lebih daripada 20 tahun juga tidak pernah hendak mengambil ‘political credit’ dalam perjuangan menjatuhkan Barisan Nasional. Begitu juga dengan Rafizi Ramli yang hanya mula berkecimpung dalam Pilihan Raya pada tahun 2013 dan INVOKE pada tahun 2016 kini hendak sibuk menyebut tentang jasa dan faktor kemenangan.

TO PKR , ANWAR DAN RAFIZI – PLEASE LEARN FROM YOUR COMRADES – STOP THE UMNO MENTALITY

2.  Belajar Sifat dan Sikap Rendah Diri – Isu Jet Kerajaan dan Kediaman Rasmi DPM 

Kita lihat bagaimana Menteri Pertahanan dan Presiden Parti AMANAH selepas menjadi Menteri juga masih lagi humble dan disukai pelbagai lapisan masyarakat. Orang tanya selepas ini perlu gelar dia apa dia pula menjawab panggil ‘Abang Mat’ sudah. Selepas menang beliau sendiri memasak dan meraikan jamuan pertemuan dengan kepimpinan parti AMANAH di rumahnya yang cukup sederhana. ( bukannya One World Hotel ). Masih lagi menggunakan kereta Perodua VIVA dan bukannya ‘Private Jet’. Mat sabu juga berkata walaupun sudah menjadi Menteri tetapi beliau lagi suka ‘hangout’ di kedai kopi bertemu dengan rakyat dan bukannya seperti seseorang individu yang bila hendak menang guna kuasa rakyat tetapi selepas menang pula rajin berjumpa dan mencium tangan golongan ATASAN !

Ketika diwawancara oleh media dan wartawan hampir kesemua pemimpin dalam kabinet baharu ini berkata mereka akan berlajar. Muhammad Sabu sendiri pada hari pertama berkata kalau tidak tahu apa – apa akan bertanya kepada Tun Mahathir dan meminta pandangan serta nasihat beliau. Inilah politik yang sanggup untuk belajar dan bukannya politik berlagak hebat dan I Know Everything.

Menteri Pertahanan Baru , Anthony Loke pula sering berkata Don’t treat me special, start events on time. I Don’t Want Civil Servants Lining Up to Greet Me.   I am prepared to engage Liew Chin Tong ideas for the Transport Ministry from time to time.

Menteri Pertanian Baharu iaitu Naib Presiden Pakatan Harapan Salahuddin Ayub pula mengingatkan kemenangan di Johor sebagai pengajaran untuk gabungan itu untuk tidak bersikap angkuh, dan melaksanakan mandat rakyat dengan baik. Pakatan Harapan representatives in Johor must make sure that they do their best to serve the rakyat.

TO PKR , ANWAR DAN RAFIZI – PLEASE LEARN TO BE HUMBLE – STOP THE UMNO ARROGANT CULTURE

3. Kebebasan Media Yang Sebenar – Bukannya Jaga Tertib atau Saya Akan Saman Kamu 

Menteri Media dan Komunikasi baharu iaitu Gobind Singh apabila isu wawancara Siti Kassim dibatalkan mula menjadi isu dan hanya selepas beberapa jam kemudian beliau dengan pantas mengarahkan Bernama mengeluarkan kenyataan segera berhubung pembatalan temu bual dengan peguam aktivis Siti Kasim.

Polis menangkap individu yang dipercayai menghina Tun Mahathir tetapi Tun Mahathir dengan cepat mengatakan tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Anwar Ibrahim pula sibuk hendak menyerang Kadir Jasin. Rafizi Ramli yang Pakatan Harapan baharu menang 5 hari iaitu pada 13 Mei 2018 memberi amaran hendak menyaman surat khabar Sin Chew. Budaya menyaman dan menyekat kebebasan media ini adalah era lama UMNO yang kini terbawa – bawa oleh pemimpin dalam PKR dalam Malaysia Baharu.

4. Minta Maaf Bila Silap Dan Bukannya Terus Sombong dan Angkuh

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memohon maaf kerana melanggar protokol ketika memeriksa perbarisan kawalan kehormat utama di Kementerian Pertahanan.

“Saya memohon maaf atas kekhilafan kerana tidak berhenti memberikan penghormatan kepada Panji-panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sewaktu pemeriksaan perbarisan kawalan kehormatan utama di Kementerian Pertahanan pagi tadi.

“Saya sedia maklum berkenaan perkara tersebut seperti yang ditaklimatkan kepada saya, namun sebagai manusia biasa, kita juga tidak lari daripada melakukan kesilapan,” katanya dalam satu kenyataan tengah hari ini.

Anwar Ibrahim – Boleh Berhenti Menjadi Rosmah dan Mula Mengakui Kesilapan? 

Anwar pula hendak terus memberi alasan dan mempertahankan sehingga sanggup mengatakan beliau tidak bersalah dalam isu penggunaan jet kerajaan dan kediaman rasmi TPM.

Anwar Ibrahim defended the use of the government’s official jet on a recent trip to Kota Bharu, saying it was not an abuse of government assets. – Anwar Ibrahim

I Don’t Have A Problem With People Saying I’m The Deputy Prime Minister Escort – Anwar Ibrahim

“The purpose of the meeting at the house was to meet the MPs and ADUNs and tell them what they need to do. To me, that is not abuse of power. But that’s what I think, I think we should explain it and go ahead and do it. “Nurul Izzah said she did not want it to become an issue so we moved it. But I do not feel strongly about it. Sometimes it’s for practical reasons. – Anwar Ibrahim

Tun Mahathir sendiri juga sanggup meminta dan memohon maaf keatas segala kesilapan lampaunya dan Anwar Ibrahim kini pula masih meneruskan budaya dan mentaliti UMNO yang I AM ALWAYS RIGHT , I WILL NEVER BE WRONG dan I AM MORE ANGEL THAN ANGEL.

Budaya “ESCORT” adalah budaya yang hanya mula wujud pada zaman Najib dan Rosmah. Oleh itu , how can you claim that you do not have a problem with people are saying you are the DPM escort?

To PKR , ANWAR DAN RAFIZI – PLEASE STOP THE UMNO AND ROSMAH ATTITUDE

5. Pakatan Harapan Fokus Membuat Pembersihan vs Anwar Menghentikan Pembersihan 

Kerajaan akan menyingkirkan 17,000 kakitangan awam dari lantikan politik bagi menjimatkan perbelanjaan negara – Tun Mahathir

The monopoly to import rice by Padiberas Nasional Bhd (Bernas) has been terminated – Salahuddin Ayub

Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has called for an official review on salaries and allowances drawn by heads of statutory bodies, commissions and Government Linked Companies (GLC) – Anthony Loke

“Jangan gopoh mengambil tindakan, jangan sebab dendam dan iri hati. Saya tiada masalah dengan GLC kalau prestasinya baik dan jika menteri besar rasa ia sesuai diteruskan, saya tiada pandangan negatif, kita terima (diteruskan). – Anwar Ibrahim 

Tun Mahathir yang memiliki persepsi sebagai Diktator juga tidak sesekali masuk campur atau cuba untuk mengajar Menteri Besar bagaimana mereka hendak mentadbir dan membangunkan negeri masing – masing. Dalam isu krisis MB Perlis ketika dimohon dan diminta oleh UMNO sendiri campur tangan juga mengambil keputusan tidak campur tangan.

Dr Mahathir Mohamad said he could not meddle in Perlis Umno’s resistance to the appointment of the menteri besar, as the state was not under “his party”. “How am I to step into the Perlis issue, my party is not in power in Perlis. If it is my party then I can be involved, but this is a different party.

Oleh itu , Anwar Ibrahim seharusnya belajar dari Tun Mahathir 2.0 dalam era Malaysia baharu dan bukannya memiliki DNA UMNO dimana kesemua benda mereka mahu mencampuri. Biarlah Menteri Besar dan Ketua Menteri buat kerja mereka masing – masing. Jangan nanti sejarah Kajang 2.0 berulang.

TO PKR , ANWAR , RAFIZI – PLEASE STOP UMNO CULTURE AND DNA IN HARAPAN

6. Belajar Daripada DAP Untuk Mengajar Rafizi Ramli

DAP has distanced itself from the comments of newly-elected Jelutong MP RSN Rayer, who called for TV3 to be shut down. DAP veteran Lim Kit Siang said this was neither the policy of DAP nor Pakatan Harapan. He said Rayer had explained that he was venting his personal frustrations at how TV3 had vilified the Penang government and incumbent chief minister for the last 10 years. Lim Kit Siang said Rayer would abide by Harapan’s principles on press freedom.

Anwar Ibrahim pula terus mempertahankan Rafizi Ramli dengan slogan seperti kebebasan bersuara dan hak untuk berbeza pendapat. Inilah sikap bagaimana mafia – mafia UMNO mempertahankan Najib dan Najib juga terus mempertahankan segala kesilapan dan kesalahan mafia – mafianya.

Kepimpinan Anwar Ibrahim Sudah Tidak Lagi Relevan Bagi Generasi Muda Dalam Era Malaysia Baharu

TO PKR , ANWAR , RAFIZI – STOP DENYING THE WRONG LIKE HOW UMNO USE TO BE IN DENIAL STATE

7. Berhenti Politik Ketidakstabilan dan Politik Jalanan

Zaman reformasi jalanan sudah berakhir. Kini sudah memasuki era zaman melaksanakan dasar dan perjuangan reformasi.

Selepas menang PR 14 , Tun Mahathir dengan pantas memohon rakyat Malaysia supaya bertenang , jangan celebrate dan tinggal di dalam rumah. DAP kali ini juga sudah matang dan tidak seperti 1969 keluar berhimpun mengenai kemenangan kali ini. Kesemua kepimpinan dan parti politik dalam Pakatan Harapan kini sudah matang dan tidak terbawa – bawa perangai dan mentaliti pembangkang mereka yang dahulu.

Pada hari pertama Anwar Ibrahim dibebaskan sahaja maka sudah ada sambutan pembebasan Anwar Ibrahim secara besar – besaran. Program ini kini diteruskan seolah – olah kini masih berada dalam kerajaan. Naib baik ketika Anwar Ibrahim dibebaskan Tun Mahathir bersama kepimpinan lain dalam Pakatan Harapan sudah berjaya menstabilkan emosi rakyat. Mereka sebelum Anwar Ibrahim memiliki mentaliti sudah menang maka bertenang dan terus buat kerja dan bukannya mahu “celebrate” dan membuat perjumpaan besar – besaran.

Anwar Ibrahim yang selalu mendakwa dirinya rajin membaca sepatutnya tahu bahawa setiap kali berlakuknya pertukaran kerajaan biasannya akan berakhir dengan pertumpahan darah dan keadaan huru hara walaupun dalam era yang moden. Tidak perlu tunjuk kepada rakyat betapa ramainya penyokong Anwar dan hanya seolah – olah dalam Malaysia Anwar seorang sahaja yang ada penyokong.

PAS yang berjaya menang di Terengganu dan Kelantan juga ‘cool’ sahaja. Mereka sebagai pembangkang dan penyokong mereka yang jauh lebih kuat dan banyak berbanding Anwar Ibrahim juga tidak dilaksanakan program – program yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim pasca PR 14.

Kepimpinan PKR Berpecah Kerana Anwar? – Anwar Tidak Menunjukkan Kelayakan Memegang Jawatan PM

TO PKR , ANWAR , RAFIZI – STOP STREET POLITICS AND START GOVERNING

8. Budaya I LOVE PM NAJIB Kini Dibawa Anwar dan PKR?

Tidak malu ke laman official FB Page sendiri kata sendiri sebagai LEGEND? Inilah budaya I LOVE PM Najib dahulu. Ramai lagi yang betul – betul LEGEND pun ramai humble sahaja. Legend apa?

TO PKR , ANWAR AND RAFIZI – STOP GLORIFYING YOURSELVES JUST LIKE HOW ROSMAH CALLED HERSELF THE FIRST LADY 

9. We Won The Most Seats ? We Are The Strongest ?

“We proved our worth by winning the most number of seats (49) in the election,” he said in an interview aired live on Invoke’s Facebook page today.

“Other people can say they are great, but they don’t win many seats. People can also say their party is strong, but they don’t win many either,” he added. – Anwar Ibrahim

Tun Mahathir tidak pernah mengatakan beliau adalah faktor kemenangan. Yang mengatakan adalah rakyat Malaysia. Tiada satu pun pemimpin dalam Harapan yang mengatakan parti politik mereka adalah STRONG ! Setakat ini hanya PKR yang sibuk berbicara tentang strong and weak. Won the Most and The Least.

Amanah yang baharu pertama kali bertanding sudah menang 11 kerusi. Warisan pertama kali juga menang 8. PPBM menang 13. PKR yang baharu bertanding dahulu pada 1999 YANG DIKATAKAN SEBAGAI REFORMASI YANG BEGITU GAH DAN HEBAT hanya menang 5 kerusi sahaja.

Walaupun bertanding di kerusi yang jauh lebih mudah berbanding AMANAH , WARISAN DAN PPBM , undi popular untuk PKR juga menurun pada kali ini. 2,096,776 ( GE 14 ) . 2,254,328 ( GE 13 ).

DAP yang menang 100% di Wilayah Persekutuan ( 5/5 ) , 100% di Selangor ( 14/14 ) , 100% di Johor ( 14/14 ) , 100% di Melaka ( 8/8 ) , 100% di Negeri Sembilan ( 11/11 ) , 100% di Penang ( 19/19 ) , 100% Perak ( 18/18 ) , 90% ( 7/8 ) di Pahang ,  90% di Sabah(6/7) , 67% di Sarawak (6/9 ). 90% kemenangan kerusi Parlimen ( 42/47). 

DAP Menang Highest Winning Percentage

Ini baharu menang 67% iaitu (48/71) hendak berlagak hero. Dapat telur sebiji hendak riuh sekampung.  Tidak henti – henti cuba disebut oleh PKR. Bertanding paling banyak dan kalah antara paling banyak sebanyak 23 kerusi tidak pula mahu sebut. 3 daripada 5 calon PKR beri laluan kepada BN menang tanpa bertanding walaupun sudah melalui pilihan raya selama 20 tahun lamanya masih tidak lagi berubah.

Tidak malu ke apabila anda melihat statistik kemenangan DAP yang tidak pernah sekali disebut oleh mana – mana kepimpinan DAP dan lebih memeranjatkan adalah penyokong DAP sendiri juga humble dan tidak pernah menyebut tentang statistik kemenangan mereka di sosial media.

PPBM Winning Highest VALUABLE SEATS

52 kawasan yang ditandingi oleh UMNO adalah kawasan hitam yang tidak pernah ditawan oleh pihak pembangkang. 52 kawasan yang ditandingi oleh BERSATU walaupun terdapat 52 Anwar Ibrahim atau Rafizi Ramli di kawasan tersebut juga kemungkinan besar tidak akan menang walaupun satu kerusi.

Apakah maksud nilai ? Analogi sekirannya harga rumah tanah di klang untuk seluas 10 000 kaki persegi adalah sebanyak RM 250 kaki persegi. Nilai tanah ini adalah sebanyak RM 2.5 juta.

Untuk 10 000 kaki persegi yang sama di bangsar sekirannya adalah RM 750 kaki persegi maka nilai harga tanah ini adalah sebanyak RM 7.5 juta.

Lihat walaupun keluasan adalah sama tetapi nilai untuk hartanah tersebut adalah berbeza.

Analogi bola pula BERSATU kecundang di peringkat separuh akhir Piala Dunia atau Champion League berbanding dengan PKR yang menang di English Championship League.

Rakyat Malaysia Mulai Bimbang Apakah Anwar Akan Mengulangi Sikap Tidak Ada Toleransinya Terhadap Wartawan dan Media?

Isu Perbincangan dan Bulldoze

Adakah keputusan kabinet awal dibuat tanpa kepimpinan lain dalam Pakatan Harapan? Bukankah DAP , AMANAH DAN PPBM sudah setuju dalam keputusan tersebut? Fitnah bahawa Tun Mahathir tidak berbincang dengan PKR sedangkan PKR sendiri yang tidak menghadiri mesyuarat ketika isu perbincangan lantikan kabinet dibuat. Mengapa PKR tidak menghantar wakil? Mengapa Presiden PKR sendiri tidak berada dalam mesyuarat? Mengapa perlu seorang PM melawat seorang pesakit di hospital untuk berbincang? Kes ini berbeza dengan LANGKAH KAJANG PKR dahulu yang tidak pernah berbincang sama ada dengan PAS atau DAP. Isu ini PKR sendiri tidak mahu hadir mesyuarat dan selepas itu asyik menggunakan alasan tidak berbincang? Keputusan Demokrasi 3 parti ( PPBM , DAP dan AMANAH ) VS 1 ( PKR ) pun sudah cukup dari segi demokrasi membuat sebarang keputusan. Berbeza dengan UMNO dahulu satu sahaja mewakili semua.

Inilah sikap macam Rafizi dahulu seperti yang dikatakan oleh kepimpinan PKR Latheefa Koya sendiri iaitu Rafizi Ramli walaupun sendiri Setiausaha dan Naib Pengerusi PKR tetapi sudah tidak lagi menghadiri segala mesyuarat parti PKR untuk lebih dari setahun. Selepas berbangkit apa – apa isu maka baharu bangkit membuat pelbagai pertuduhan walaupun sendiri yang tidak memiliki tanggungjawab sebagai seorang pemimpin untuk menghadiri mesyuarat parti.

TO PKR , ANWAR DAN RAFIZI – HENTIKAN BUDAYA UMNO I AM THE STRONGEST , BIGGEST AND WON THE MOST

10. Hormat Golongan Atasan Bukan Dengan Cium Tangan 

Kepimpinan lain dalam Pakatan Harapan juga hormat Raja Berpelembagaan. Mereka terus memastikan hak Raja di negara kita dipertahankan dengan tindakan fokus dalam membina negara , menstabilkan ekonomi dan politik di negara kita. Jika negara huru – hara maka adalah golongan atasan akan berada dalam keadaan yang selamat dan kukuh? Biasanya dalam sejarah terdapat pergolakan apabila ketidakstabilan ekonomi dan politik yang menghakis kuasa golongan atasan. Inilah cara mempertahankan kedudukan dan hak Raja Berpelembagaan yang sebenar dan bukannya melalui jeritan dan laungan retorik politik dan bukannya tiap – tiap hari cium tangan baharu dikatakan hormat dan pertahankan.

Anwar Ibrahim Kini Lebih Melayu Dari UMNO dan Lebih Islam Berbanding PAS – Anwar Perlu Belajar Dari Tun Mahathir

Anwar Ibrahim kini perlu banyak belajar daripada kepimpinan lain dalam Pakatan Harapan bagaimana hendak menjadi pemimpin negara dan bukannya pemimpin politik.

TO PKR  , ANWAR AND RAFIZI – STOP PLAYING POLITICS AND START WORKING

AKHIR KATA

THE LEGEND IS BACK ! YES ! BUT BACK IS WHAT WAYS? UMNO NAJIB ROSMAH 2.0?

“ROSMAH PUN LEGEND RIGHT?”

 

 

The post Adakah Anwar , Rafizi dan PKR Bakal Menjadi UMNO 2.0 ? – 10 Kepimpinan Malaysia Baharu Yang Anwar Perlu Belajar Daripada Parti dan Kepimpinan Lain Dalam Harapan appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM https://ift.tt/2McEyoM
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger