Kita mengkaji naratif politik Anwar Ibrahim yang sama ada secara sengaja atau tidak sengaja pasca pembebasan Anwar Ibrahim pada 16 May 2018.
Pasca pilihanraya 14 sejak bila kita dengar UMNO atau PAS sedang memainkan isu – isu berbaur perkauman seperti hak Melayu akan terhakis , bahasa Melayu akan dipinggirkan atau penentangan terhadap Institusi Raja akan berlaku? Yang kita dengari adalah kenyataan dari Anwar Ibrahim sendiri yang berulang kali menegaskan bahawa hak Melayu , Islam , Bahasa dan Raja akan dipertahankan. Apa yang perlu dipertahan sedangkan tiada berlaku sebarang isu yang dibangkitkan sama ada oleh rakyat atau oleh mana – mana pemimpin dari UMNO atau PAS?
Slogan Anwar selama 20 tahun sebelum kemenangan Harapan pada PR 14 adalah Anak Melayu , Cina , India , Kadazan , Dayak semua Anak Saya. Ma Lai Ren ( Melayu ) , Hua Ren ( Cina ) , Intu Ren ( India ) Wo Men Shi Yi Jia Ren ( Kita Adalah Sebuah Keluarga ). Pasca PR 14?
Anwar 1.0 – Pejuang Melayu dan Islam Yang Ekstrem
Anwar 2.0 – Pejuang Bangsa Malaysia , Perpaduan dan Demokrasi
Anwar 3.0 – ?
Pasca PR 14 , ramai penganalisis politik berpendapat bahawa kemungkinan besar UMNO dan PAS akan lebih cenderung kepada political ‘right wing’ yang lebih ekstrem. Kini ramalan terhadap UMNO dan PAS setakat ini dalam beberapa isu masih belum lagi menjadi realiti tetapi pelbagai tindak tanduk awal Anwar Ibrahim sudah lebih ekstrem berbanding UMNO dan PAS. Adakah mana – mana pengalisis politik dapat meramal apakah Anwar Ibrahim 3.0 selepas ini?
Dalam era Malaysia baharu semua kini rajin memberi pandangan dan kenyataan berbentuk bagaimana hendak membina Malaysia baharu yang lebih baik dari segi polisi , dasar , strategi dan anda pula terus sibuk berbicara tentang retorik politik mengenai HAK MELAYU , ISLAM , RAJA DAN BAHASA ! Terus berbincang tentang retorik politik “KERUSI PALING BANYAK” faktor kemenangan bukan disebabkan oleh siapa , pembahagian jawatan Menteri PKR dan pelbagai lagi retorik politik yang tidak bermakna dan tidak menyumbangkan dalam proses pembinaan negara 2.0 !
Pada 18 May 2018 , ketika wawancara dengan bloomberg Anwar Ibrahim membawa isu Melayu seperti Anwar Ibrahim has a simple message for ethnic Malays who fear losing benefits they enjoyed under the previous government’s six-decade rule: Don’t worry.
“We would of course protect the position of the Malaysian Bumiputeras in terms of giving opportunities, but not enriching them to become billionaires,” – FMT
Wawancara dengan Malay Mail selepas hari pembebasan pula berbunyi ,
“We still have to deal with the East Coast, we have to be cautious because there is a lot of concern in the Malay belt, in Kelantan, Kedah and Terengganu they still don’t feel comfortable.
“Issues of Chinese encroachment of their rights are being being brought up there,” Anwar explained. – Malay Mail
Ketika berceramah di rumahnya di Segambut , “I told Lim Kit Siang and everyone. This country will not be secure if we fail to protect the welfare of the majority Malays and Bumiputeras. – FMT
Pada 3 June 1998 , ketika Isu perlantikan Tommy Thomas sedang memuncak dan sebelum Anwar Ibrahim berjumpa dengan pihak Istana pada waktu malam maka inilah kenyataannya
“This is the first time in 60 years that they are facing a different government. This government was established against big propaganda that it was driven by DAP who wanted to erode the powers of the monarch and the Malays.
“I told them I them I would defend the sovereignty of the sultans and the royal institution,” he said. – Malay Mail
“I told them not to worry because the government was not under DAP, and there were no attempts to eliminate the power of the rulers,” Anwar said in his speech at a Malaysian Muslim Youth Association (Abim) . “The constitutional monarch will not lose power” “I said we would ensure that the status of Islam (as official religion of the country) and Bahasa Malaysia (as the national language) would remain – The Coverage
Dalam pada itu , ketika isu Tommy Thomas sedang memuncak pada hari yang sama iaitu 3 June 2018 , pemimpin UMNO yang bakal bertanding untuk kerusi Naib Pengerusi UMNO iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberi pandangannya dan pendirian UMNO bahawa tiada masalah untuk melantik Tommy Thomas sebagai AG.
“I believe the party does not have a problem with the appointment as long as the AG is someone who can conduct his duties well and will not be the prime minister’s ‘yes man’,” he told a news conference at the Putra World Trade Centre here this evening. – Tajuddin Abdul Rahman
Kenyataan dari Ketua Biro Perundangan Amanah juga memberi sokongan kepada pelantikan Tommy Thomas
Malaysia should move beyond race in appointing the attorney-general, said a top Amanah leader. Sepang MP Hanipa Maidin said there is no legal or constitutional provision for the A-G to be Malay or a Muslim. “From the online debates, it appears that there are once again attempts to play up issues of race and religion.”To be honest, I am truly sick and tired of such racial issues – Hanipa Maidin
Seorang anggota parlimen PAS tampil menyokong sesiapa sahaja untuk dilantik sebagai peguam negara (AG) yang baru, dengan syarat individu tersebut mestilah berintergriti tinggi dan beriman. “Saya sokong lantikan AG tanpa mengira siapa mereka asalkan yang berintegriti tinggi, yang meletakkan tanda aras adil dan integritinya adalah iman kepada Allah dan balasan hari akhirat. Titik,” kata anggota parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary. – MKINI
Kalian sendiri bandingkan sahaja kenyataan Anwar Ibrahim berbanding dengan kepimpinan UMNO dan PAS ketika isu pelantikan Tommy Thomas sedang memuncak. Anwar Ibrahim sendiri tidak pernah menyatakan sebarang pendiriannya. UMNO dan PAS lebih berani memberi pandangan dan jawapan mereka dalam isu ini. Anwar Ibrahim hanya sibuk hendak menumpang jasa dan menyalahkan pelbagai pihak setelah isu ini telah selesai. Inilah Anwar Ibrahim yang senantiasa kita kenali.
PASCA PELANTIKAN TOMMY THOMAS SEBAGAI AG
Kita Bandingkan antara kenyataan dari UMNO dan PAS berbanding Anwar Ibrahim.
Kenyataan UMNO
Umno today expressed its gratitude and loyalty to Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V for consenting to the appointment of Tommy Thomas as the new attorney-general. “Although many parties had objected to his (Thomas) appointment, Umno is placing its faith in the wisdom of the King and the Malay rulers,” Umno would abide by the King’s decree and would ensure there would be no conflict arising from Thomas’s appointment. – FMT
Kenyataan PAS
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS menerima pelantikan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong itu dengan hati terbuka serta berlapang dada berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. PAS juga kata Takiyuddin mengucapkan tahniah kepada Thomas sambil berharap beliau akan sentiasa bertindak secara berperlembagaan serta memelihara kedaulatan undang-undang.PAS bersedia memberikan kerjasama kepada AG dalam segala hal-hal yang membawa kebaikan. – MKINI
Kenyataan Anwar Ibrahim
( UMNO dan PAS juga tidak sesekali mengeluarkan sebarang kenyataan menyerang Kadir Jasin )
Isu peruntukan Agong: Kadir Jasin patut lebih tertib, kata Anwar
Walaupun hak untuk menyuarakan pandangan perlu dihormati, wartawan veteran itu perlu menunjukkan penghormatan dan ketertiban (decorum) dalam hal ini. Katanya, kritikan itu juga dibuat tanpa memberi peluang kepada Institusi Raja-raja Melayu untuk memberi respons. “Sekiranya buat kritikan sebegini tanpa memberi peluang kepada Raja-Raja Melayu untuk jelaskan jawapan, ia tidak sihat terutamanya menggunakan kedudukan yang ada.
Beliau juga memberi jaminan HARAPAN kekal komited mempertahan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam soal hak Melayu, serta kedudukan Bahasa Melayu dan Islam. memang sukar untuk meyakinkan Raja-raja Melayu terhadap pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, justeru semua pihak perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan seumpama itu.
Malay rights, Islam’s position an initial concern with Tommy Thomas’ appointment, says Anwar
The biggest hindrance faced in appointing Tommy Thomas as Attorney General (AG) was the fear that Malay rights and the position of Islam would be affected, Datuk Seri Anwar Ibrahim said. Anwar added the worry among semi-urban and rural Malays existed both before and after the appointment. – Malay Mail
Anwar suggests special appointee within AGC to oversee Islamic law
PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim today suggested that Attorney General (AG) Tommy Thomas appoint a dedicated person within the Attorney General’s Chambers to oversee Islamic law issues. “He has a difficult job to carry out, and one of it is to oversee the place of Islam in the Constitution and its laws. “If he is able to do it, he can lead it, or the role can be given to someone else with a better understanding of Islam,” Anwar said today during an interview with Astro Awani. The position of Islam and its laws was among the three main issues highlighted by Anwar that the new AG would have to pay attention to during his tenure.- Malay Mail
Anwar Ibrahim Kini Lebih Melayu Dari UMNO dan Lebih Islam Berbanding PAS ?
Kalian sendiri membuat penilaian dalam kenyataan Anwar Ibrahim berbanding dengan kepimpinan UMNO dan PAS. Hal ini disebabkan Anwar Ibrahim terkenal dengan politik untuk cenderung menyalahkan pihak lain.
Sebagai contohnya dalam isu ini Anwar akan kata kerja orang UMNO untuk melaga – lagakan antara beliau dengan Tun Mahathir. Sedangkan segala isu yang berlaku adalah datangnya dari pihak dalaman dan PKR sendiri. Adakah Rafizi , Wong Chen dan INVOKE itu juga orang UMNO? Adakah kenyataan Tun Mahathir bulldoze the appointment of cabinet minister juga datangnya dari UMNO ? Adakah kenyataan PKR won the most number of seats juga datangnya dari UMNO?
Adakah UMNO memaksa Anwar Ibrahim membuat kenyataan “I may speed up the process because there’s nothing wrong with me being a member of parliament,”( his return to Parliament ) ?
Dalam era Malaysia baharu yang dibawa oleh Pakatan Harapan sepatutnya meninggalkan mentaliti lama iaitu segala yang silap dan salah itu semuanya salah UMNO dan BN sedangkan masalah kini memang sudah tiada memiliki sebarang kaitan dengan UMNO. Salahkan UMNO. Salahkan penyokong Pakatan Harapan. Salahkan blogger. Salahkan seluruh dunia tanpa mencermin tindakan dan kenyataan pemimpin PKR termasuk tindak tanduk sendiri yang membawa kepada isu tercetusnya persepsi yang Anwar kini masih bercita – cita tinggi sehingga wujudnya sama ada persepsi atau realiti bahawa terdapat pergolakan antara dua kuasa besar dalam Pakatan Harapan.
Anwar Ibrahim Perlu Belajar Dari Tun Mahathir
Anda perlu belajar dari Tun Mahathir semasa pilihan raya dan menjadi pembangkang maka UMNO akan terus diserang kerana itulah adat politik namun setelah berkuasa sudah tiada lagi mentaliti untuk meneruskan segala serangan terhadap UMNO. Tiada lagi naratif politik yang menyalahkan UMNO dalam segala isu yang melanda. Bahkan ketika diserang oleh Najib beberapa kali Tun Mahathir juga gentleman untuk tidak serang balas. Peperangan politik sudah tamat. Kini sudah jadi kerajaan maka belajarlah untuk jadi Stateman dan bukannya Politician ! Belajar untuk mentadbir dan bukannya terus meroyan ! Belajar berbicara tentang dasar dan polisi dan bukannya retorik politik yang berterusan !
Dalam era Malaysia baharu semua kini rajin memberi pandangan dan kenyataan berbentuk bagaimana hendak membina Malaysia yang lebih baik dari segi polisi , dasar , strategi dan anda pula terus sibuk berbicara tentang retorik politik mengenai HAK MELAYU , ISLAM , RAJA DAN BAHASA ! Terus berbincang tentang retorik politik “KERUSI PALING BANYAK” , faktor kemenangan bukan disebabkan oleh siapa , pembahagian jawatan Menteri PKR dan pelbagai lagi retorik politik yang tidak bermakna dan tidak menyumbangkan dalam proses pembinaan negara 2.0 !
Adakah mungkin disebabkan ini anda gagal selama 20 tahun untuk melakukan apa yang berjaya dilakukan oleh Tun Mahathir hanya dalam 2 tahun ? Mungkin rakyat tidak yakin bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang boleh mentadbir negara dan hanya seorang ahli politik handalan yang bihak berpolitik.
Jika Kadir Jasin rapat dengan pihak kerajaan dijadikan alasan bahawa beliau tidak layak bersuara maka Anwar sendiri yang menggunakan Jet milik kerajaan dan hampir menggunakan kediaman kerajaan untuk tujuan politik parti sendiri dan Anwar sendiri merasakan tiada salah dalam isu ini maka di manakah salah Kadir Jasin sekirannya mengikut teori yang sama?
Naratif Politik Tun Mahathir Berbanding Anwar
Pasca PR 14 , Tun Mahathir sudah berjaya membina naratif bahawa beliau adalah seorang strategis yang unggul , negarawan , penyelamat Malaysia dan pemimpin yang hebat. Naratif dan persepsi politik tidak semestinya berdasarkan kepada realiti dan kebenaran namun itulah naratif yang berjaya ditonjolkan oleh Tun Mahathir. Naratif pemimpin sokongan Rakyat ! Pejuang Rakyat !
Adakah Anwar Ibrahim kini hendak membina Naratif politik bahawa beliau adalah seorang PEJUANG MELAYU DAN ISLAM YANG TERULUNG yang lebih Melayu dari UMNO dan Islamik dari PAS dalam era politik Malaysia baharu?
Adakah Anwar Ibrahim kini hendak membina Naratif politik bahawa beliau adalah seorang PEJUANG MELAYU DAN ISLAM YANG TERULUNG yang lebih Melayu dari UMNO dan Islamik dari PAS dalam era politik Malaysia baharu? Naratif pemimpin sokongan golongan ATASAN dan bukannya RAKYAT? Pejuang Golongan Atasan?
Anwar Ibrahim sememangnya dalam sebuah negara yang demokrasi memiliki hak sebagai rakyat dan pemimpin bebas untuk bersuara , menyokong sesiapa dan membina naratif yang dikehendaki oleh beliau sendiri. Namun begitu , jangan apabila terdapatnya penentangan suara daripada rakyat maka pula timbul why the people cannot accept critisicm ? Why the people is so hostile towards me or Rafizi ? Why the people cannot accept the differences in view?
Jangan timbulkan pelbagai Why dan jangan salahkan seluruh dunia apabila anda bebas untuk bersuara dan membuat pemilihan sendiri dan masyarakat hanya memberi reaksi terhadap setiap kenyataan dan tindak tanduk anda sendiri. Jangan apabila anda bersuara maka slogan kebebasan bersuara , hak asasi dan demokrasi dilaungkan tetapi suara lain tidak sependapat anda pula tidak layak menggunakan slogan yang sedemikian. Segala kebebasan itu tidak sepatutnya bersifat selective tetapi secara holistik iaitu kebebasan bersama .
Akhir kata , jangan meneruskan kenyataan yang seolah – olah memberi bayangan bahawa kerajaan Harapan akan meminggirkan perjuangan bangsa dan bahasa Melayu , Raja dan agama Islam apabila pihak UMNO yang parti pejuang Melayu tulen juga tidak pernah bersuara dan PAS parti Islam juga tidak pernah berulang kali memberi kenyataan yang sering dikeluarkan oleh anda sendiri. Rakyat Melayu di seluruh Malaysia juga tidak bersuara dan menyatakan kembimbingan berterusan yang terus bahawa hak mereka akan terhakis.
“You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time.”
Dalam isu Kedaulatan Raja Malaysia pula penulis hendak memetik slogan yang suka dipetik oleh Anwar Ibrahim iaitu “You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time.”
Saudara Anwar Ibrahim perlu sedar bahawa Sultan dan Raja kita semunya bijaksana , berpengalaman luas dan berpendidikan tinggi. Jangan terus memberi bayangan seolah – olah mereka adalah kurang bijak dan perlukan anda yang lebih bijak dari mereka untuk memberi penjelasan kepada mereka bahawa segala ketakutan dan persepsi politik dalam isu Hak Raja , Bangsa , Bahasa dan Agama adalah palsu dan tidak berasas. Tidak perlu sampai berulang kali untuk memberi penjelasan terhadap perkara yang sama. Segala isu penentangan adalah halusinasi dan imaginasi anda sendiri.
The post Anwar Ibrahim Kini Lebih Melayu Dari UMNO dan Lebih Islam Berbanding PAS – Anwar Perlu Belajar Dari Tun Mahathir appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM https://ift.tt/2M75172
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment