Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir Mohammad telah mengulangi jaminan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahimlah yang akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri bila beliau bersara kelak tetapi belum pasti beliau akan berhenti dalam masa dua tahun jika masih ada kerja yang perlu diselesaikannya bagi mengembalikan negara ini kepada kemakmuran dan kestabilan terutamanya bagi kemantapan ekonomi.
Jaminan ini melegakan majoriti rakyat tetapi tentu tidak menyenangkan Anwar yang tidak terjamin akan jadi PM dalam masa dua tahun lagi .Ketidakpastian seperti inilah yang mendorongkan Anwar untuk membangkitkan gerakan dari dalam bagi menggulingkan Ghafar Baba dan menjatuhkan Mahathir sebagai Perdana Menteri yang memecah belahkan UMNO.
Apabila Mahathir menampakkan kelonggaran tentang tarikh bersaranya, tentunya Anwar dan juga penyokong-penyokongnya mengingatkan pengalaman masa lalu tetapi apa yang harus diingatkan oleh Mahathir sendiri pada kali ini ialah beliau sendiri tidak boleh mempastikan Anwar yang akan menggantikannya sebaliknya bergantung kapada rakyat yang akan memberikan pertimbangan samaada Anwar masih layak atau relevan untuk menjadi Perdana Menteri.
Penentuan ini adalah bergantung kepada konsensus parti-parti Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat, DAP, Parti Amanah dan Bersatu sendiri. Lim Kit Siang tidak memikirkan kemungkinan akan berlaku lagi sengketa perebutan kuasa antara Mahathir Anwar kerana menurut beliau keduanya telah belajar dari pengalaman.
Katanya Mahathir bukan lagi Mahathir 22 tahun dahulu tetapi Mahathir yang bertukar dari berpegang kepada kuasa penuh kepada seorang yang bergantung kepada persetujuan bersama-“He has transformed from hegemon to cosensus builder”( Interviu Kit Siang dengan Malaysian Insight)
Harus diingatkan kemenangan Pakatan Harapan bukan kerana undi ahli parti sahaja tetapi yang lebih besar datang dari perpaduan undi sentimen rakyat anti Najib yang melampaui batas parti,kaum dan agama.
Mahathir mungkin berubah tetapi adakah Anwar berubah dan belajar dari pengalaman.Kit Siang juga tidak menjelaskan apakah perubahan Anwar,
Kepada umum Anwar tidak nampak berubah dan kerana itu beliau tidak terlihat sebagai relevan dengan citarasa semasa terutama dalam membantah kritikan Kadir Jasin terhadap Istana. Ini mungkin kerana beliau tidak dekat dengan perkembangan semasa dan tidak mendapat maklumat terkini dengan segera dan jauh dari pergaulan politik sekian lama kerana berada dalam penjara.
Maka itu tidak hairanlah kalau ketagihan politiknya nampak jelas seperti tidak sabar mahu berada di tengah gelanggang dan mahu mencampuri urusan pembentukan kerajaan dan sebagainya.
Beliau mungkin tidak menyedari hal ini tetapi dapat diciumi dan dilihat oleh pemerhati-pemerhati politik dan juga wartawan-wartawan di dalam dan luar negara. (termasuk Kadar Jasin). Akhbar Strait Times Singapura umpamanya mendakwa perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Ekonomi adalah untuk mencairkan pengaruh Anwar disamping mengawasinya dari dalam.
Pandangan serong orang ramai terhadap Anwar bermula bila orang kuatnya , Rafizi dengan berani mempersoalkan perlantikan Kabinet Mahathir yang didakwanya tanpa berunding dengan PKR yang dibuat dalam keadaan Mahathir baru sahaja hendak meyakinkan rakyat terhadap kerajaan barunya. Ini menimbulkan kemarahan rakyat dan menyebabkan Tun Daim mengingatkan Anwar bahawa pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan kerana sumbangan Dr.Mahathir setelah gagal di masa lalu.
Rakyat merasa Anwar berada dibelakang teguran ini.
Semakin jelas menampakkan ketidak sabarannya bila baru-baru ini beliau mengumumkan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen lebih awal dari yang dijangkakan oleh orang ramai.
Langkahnya mengadap raja-raja juga mengejutkan umum dan diluar jangkaan para wartawan yang mengetahui situasi antara Istana dan Mahatir selepas PRU 14.
Beliau mengambil kesempatan untuk menyerang balas teguran wartawan Kadir Jasin dalam pekara ini dengan menggunakan alasan ketidaktertiban Kadir kerana menegur perbelanjaan besar Istana Negara tetapi sebenarnya beliau tersinggunng kerana Kadir tidak dapat menerima alasannya menemui raja-raja untuk memberikan jaminan terhadap keselamatan dan keselesaan mereka yang dilihat oleh Kadir sebagai tidak perlu.
Dari pengalaman saya dan lain-lain wartawan, Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri tidak mempunyai toleransi terhadap kritikan media dan orang-orang media yang tidak sependapat dengannya. Beliau mempunyai team wartawannya sendiri yang terbentuk dari akhbar dan TV3.
Sikapnya dimasa lalu adalah bertentangan sama sekali dengan berita utama muka 1 akhbar Sunday Star hari ini yang memaparkan Anwar memberi jaminan kepada media dan rakyat tidak akan menyekat kebebasan mereka untuk bersuara dan sanggup menerima perbezaan pendapat.Tajuk berita itu GO AHEAD AND CRITICIE
Katanya adalah penting untuk tidak kembali kepada masa lalu yang mengancam mereka yang memberikan pandangan yang berbeza.
Dalam hal ini adakah beliau mengingatkan dirinya sendiri atau menampakkan dirinya berada dalam denial syndrome kepada wartawan-wartawan yang rapat dengannya atau yang bekerja di zamannya. Tentunya Kadir Jasin ketawa besar membaca berita ini.
The post Tan Sri Zainuddin Maidin : Bukan Mahathir Tetapi Rakyat Yang Akan Tentukan Kelayakan Anwar Menjadi PM appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM https://ift.tt/2JzY2lI
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment