Home » , » Menjawab Persoalan Syed Akbar Ali – Why Are So Many Intelligent People Criticisng Anwar Ibrahim?

Menjawab Persoalan Syed Akbar Ali – Why Are So Many Intelligent People Criticisng Anwar Ibrahim?

shamsulazlan | 03:07 | 0 comments

Rakyat yang bijak tidak akan sesekali terpengaruh dengan segala retorik politik Anwar Ibrahim. Tidak akan sesekali terpedaya dengan segala slogan yang dilaungkan. Sebenarnya tidak perlu rakyat yang bijak untuk membaca Siapakah Itu Anwar Ibrahim. Kita hanya perlukan rakyat yang PEKA  dan sanggup bersifat rasional untuk menerima hakikat kepekaan mereka. Rakyat yang peka akan tahu kadang kala hanya dalam beberapa jam atau hari sahaja segala kenyataan beliau akan menjadi tidak konsisten.

Sebagai contohnya , pada 18 May 2018 apabila diwawancara oleh Al Jazeera pada minit 2 dia mengatakan bahawa I just wanted him to be just comfortable ( Tun Mahathir ) , you manage the affair of this nation. I need time. I need to break a while with my family.

Anwar Ibrahim: The Interview Part 1

101 East sits down with Malaysia's former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim one day out of prison.

Posted by 101 East – Al Jazeera on Friday, May 18, 2018

Ketika ditanya why you dont want to have a significant role from the outset? The entire cabinet is composed on those vast majority of those committed of those committed to reform agenda. And I think they will do well in influencing the course and chart for the future of this nation.

I want him ( Tun M ) to have a free hand. I dont want him to feel there is someone looking at his shoulder at every move. It doesn’t make the government seem to be stable

5 June 2018 ketika berceramah , Kita nak tunjuk kepada rakyat bukan perlu jadi wakil rakyat ( MP ) baru boleh sokong , bila tak jadi wakil rakyat mengamuk. Saya kini nak jadi Rakyat biasa di negara ini.

Namun begitu , dalam hari yang sama pening untuk rakyat yang peka mengikuti perkembangan Anwar Ibrahim. Mengapa? Anda sendiri lihat pening atau tidak.

The Sun

Pada keesokan hari pula ,

Adakah Anwar Ibrahim kini mahu bukti kepada rakyat yang beliau sanggup berkhidmat tanpa perlu menjadi wakil rakyat dan sebagai rakyat biasa atau mahu menjadi Backbencher ?

Keduannya , Anwar Ibrahim mahu mempercepatkan proses menjadi MP atau sebaliknya? Sekejap begini dan sekejap pula begitu. Mana yang benar dan mana yang tepat? Sekejap I need time. Sekejap I will speed up the process. Sekejap no rush.

Jika saya menang, saya jadi ‘backbencher’ dahulu, saya mahu bebas mengelilingi beberapa tempat termasuk mempunyai komitmen mengajar dan berkuliah di universiti tempatan dan luar negara.

“Malah, saya pun belum ada pengalaman jadi ahli Parlimen biasa. Sebelum ini, saya pernah memegang beberapa jawatan menteri sehingga menjadi Ketua Pembangkang sekarang saya mahu jadi ‘backbencher’,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pertemuan Khas Bersama Wakil Rakyat PKR di Hotel One World, – Anwar Ibrahim

Sebelum ini berkata mahu habis mengelilingi dunia dahulu baharu kembali bertanding. Kini pula kata hendak menang dahulu untuk menjadi backbencher supaya dapat melaksanakan komitmen mengajar dan berkuliah di univeristi tempatan dan luar negara. Yang mana tepat ? Sekejap kata hendak membantu dan menyokong kerajaan iebagai rakyat biasa dengan menunjukkan teladan kepada rakayt dan sekejap mahu jadi beckbencher dahulu baharu berkuliah.

Jika sudah menang dan jadi wakil rakyat apabila demokrasi dipergunakan begitu sahaja untuk pilihan raya kecil hanya semata – mata hendak memenangkang anda dan anda yang sepatutnya berkhidmat sebagai seorang ahli parlimen dan wakil rakyat pula mahu berkhidmat dan berkuliah kepada Universiti? Oleh itu , Anwar Ibrahim mahu berkhidmat kepada rakyat dan negara atau sebenarnya berkuliah di Universiti? Apakanya maknya demokrasi sekirannya anda mahu rakyat memenangkan anda supaya anda boleh berkuliah dan bukan berkhidmat kepada mereka? Backbencher atau Lecturer?

Jika hendak berkuliah di Universiti maka berkuliah sahajalah. Berkuliah sampai puas baharu kembali bertanding untuk kembali jadi wakil rakyat. Bukankah ini adalah pelan dan kenyataan awal anda sendiri?

ISU PELANTIKAN KABINET OLEH PERDANA MENTERI

16 Mei 2018 , Anwar Ibrahim ketika diwawancara oleh Astro Awani berkata perlantikan Kabinet adalah preregotif Perdana Menteri.

17 Mei 2018 pula , Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir segelintir wakil rakyat yang hanya mengejar jawatan dalam Kabinet semata-mata. Ketua Umum PKR itu menasihatkan setiap Ahli Parlimen yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) seharusnya mengutamakan tanggungjawab mereka selepas diberi mandat oleh rakyat, daripada hanya mahu melobi jawatan menteri.

“Ini saya nak sindir kawan-kawan ahli parlimen yang ramai… asyik nak jadi menteri saja. Tengok cerminlah dulu! “Dah menang, alhamdulillah. Rakyat bagi sokongan alhamdulillah. Dipilih jadi menteri, jalanlah kerja. “Dok sibuk (kata) nak jadi menteri, nak jadi menteri. – LINK

Jangan Hanya Mahu Melobi Jawatan Menteri ( 17 Mei )  vs  PKR Only got 3 Cabinet Post ( 4 June ) 

PKR de facto leader Anwar Ibrahim has dismissed any notion of the party being the “weakest link” in Pakatan Harapan (PH), reminding the public that it has contributed the most number of seats for the pact in the 14th general election (GE14).

The former deputy prime minister said while PKR seemed to have been sidelined in Cabinet appointments for the new PH administration, the party would provide constructive feedback on the matter. Of the 13, only three were from PKR. They were PKR and PH president Dr Wan Azizah Wan Ismail, who is also deputy prime minister, PKR vice-president Azmin Ali and the party’s women’s chief, Zuraida Kamaruddin. He said the issue now was, as PKR vice-president Rafizi Ramli had pointed out, why PKR seemed to have been sidelined in the ministerial appointments. – LINK

Jika dalam isu 1MDB adalah dari Najib kepada Najib. Isu ini lebih kepada dari Anwar kepada Anwar. Yang suruh jangan melobi jawatan pun dia , yang kata kuasa lantikan adalah kuasa Perdana Menteri pun dia dan pada masa yang sama yang mempersoalkan jumlah kerusi kabinet PKR juga datangnya darinya. Yang kata hendak jadi rakyat biasa pun dia , nak jadi pensyarah dulu baharu jadi wakil rakyat dan kini backbencher dahulu baharu pensyarah. Yang kata nak rehat dahulu pun dia. Kata Speed Up pun dia dan kata no Rush pun dia !

Isu Kerusi Pandan dan Wan Azizah 

17 Mei 2018 , Jika saya kembali maka Wan Azizah perlu letak jawatan sebagai TPM ( wawancara dengan CNN )

7 June 2018 – Tapi kalau saya setuju di PANDAN , AZIZAH akan letak jawatan TPM lebih awal maka tidak wajar apabila tempat terdapat kekosongan jawatan TPM.

Sudah mula pening atau belum ?

Sekarang tiap – tiap hari kata sokong kepimpinan Tun Mahathir tetapi segala body language dan tindak tanduk berlainan. Mengapa rakyat takut? Mengapa rakyat bimbing? Mengapa rakyat khuatir?

Why are so many people criticising Anwar Ibrahim?

Adakah kalian masih ingat pada JUN 1998 ?

Saya sokong Mahathir ! Hanya satu pemimpin. Kesemuanya salah media barat. Kesemuanya salah orang yang hendak melaga – lagakan saya dengan Mahathir.Konspirasi. SAYA BERIKRAR SOKONG MAHATHIR !

Namun sehari sebelum ucapan ini Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dicaturkan pada perhimpunan pergerakan ( 18 Jun 1998 ) itu mendesak unsur nepotisme dan kronisme dalam kerajaan dihapuskan. Anwar tampil MENJERIT KITA SOKONG TUN MAHATHIR SELEPAS itu.

Kini apa pula bezanya dengan kenyataan Rafizi berbentuk Tun Mahathir BULLDOZE PELANTIKAN MENTERI? Apa bezanya dengan kenyataan Wong Chen PKR got the most number of seats?

Buktinya Rafizi Ramli sendiri mengaku kenyatannya adalah pendirian PKR. In a series of tweets, Rafizi rebutted PKR deputy president Azmin Ali’s remarks that the statement he made yesterday was his own personal view. “The statement I released was PKR’s stand, not my own. – LINK

Anwar juga sama tampil mengatakan bahawa beliau menyokong kepimpinan Tun Mahathir !

Isu Raja – Anwar Dahulu dan Kini ( 2018 ) 

DATUK Seri Anwar Ibrahim didakwa menghina institusi istana apabila dengan sombongnya berkata beliau rela anugerah darjah kebesaran ‘Datuk’ dan “Datuk Seri’ ditarik balik berikutan isu yang melebelkannya pengkhianat Melayu. . Menurut beliau, Penasihat Umum PKR itu menunjukkan sifat angkuh kononnya perjuangan beliau untuk kepentingan rakyat. Anwar dalam ceramah politiknya di Permatang Janggus menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata beliau tidak pernah meminta darjah kebesaran sejak dahulu lagi dan jika ada pihak mahu menarik balik boleh berbuat demikian. Anwar juga dilaporkan berkata : “saya beritahu pada (Datin Seri) Azizah kalau siapa minta balik, boleh ambil…jangan serah balik, letak di pagar suruh mereka ambil balik”. – Datuk Wira Syed Ali Alhabshe – 2009

“Umno tuduh kita penderhaka, pengkhianat Melayu dan antek (alat) kepada Cina, jadi (pemimpin Pakatan) ada kalanya terpengaruh dengan bahasa yang digunakan ketika membalas. Tetapi jika saya, saya cadangkan mereka memberikan jawapan berdasarkan pindaan 1993 dan ucapan mengikut Hansard. “Pemimpin Umno seolah-olah memperkecil-kecilkan kebolehan Raja-raja Melayu untuk berfikir bagi diri mereka sendiri dan saya tidak fikir raja-raja perlu diheret begitu rupa.”Ditanya, sama ada Pakatan akan mencuba sekali lagi untuk mengembalikan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang kepada sultan seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan Selangor sebelum 1993, Anwar berkata: “Kedudukan kita… kita menghormati kedudukan (Raja-raja Melayu) seperti yang termaktub dan dijamin oleh perlembagaan monarki. “Kuasa terletak di tangan rakyat, mandat diberikan oleh rakyat. – 2011 – ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang itu sejak akhir 2013 yang mempersoalkan kuasa dan kewibawaan Sultan Selangor dan institusi raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar tahun ini.Katanya, Anwar turut mempersoalkan hal-hal berkaitan isu agama Islam yang mana Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai ketua agama seperti termaktub di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.“Tindakan dan perlakuan beliau adalah tidak lagi sesuai untuk memegang darjah kebesaran itu,” katanya. – 2014

2018 pula suruh Kadir Jasin jaga tertib. Yang dahulu mempersoalkan raja pun dia. Yang dahulu berbicara tentang Raja Berpelembagaan dan kuasa rakyat juga dia. Yang dahulu kata Raja kita semua bijak belaka dan boleh berfikir sendiri dan yang kini kata Raja kita memerlukan penjelasan pun dia. Yang kini pertahankan Raja pun dia ! Yang mana satu pendirian sebenar Anwar Ibrahim ?

Kini Adakah Langkah Kajang 2.0 Bakal Berulang ?

Kemelut politik Selangor berpunca daripada kerakusan politik seorang insan. Dia yang mencipta Langkah Kajang ini sebagai langkah ke arah mencapai cita-citanya, iaitu merebut jawatan Perdana Menteri Malaysia. – DR. CHANDRA MUZAFFAR

Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan ‘Langkah Kajang’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ‘Kajang Coup’ atau penggulingan Kajang, yang menyalahgunakan proses demokratik negara itu. Ini kerana parti itu dengan sengaja mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang yang dipilih rakyat berundur dan meletakkan orang lain bagi kerusi itu.

Langkah Kajang’ direncanakan oleh PKR, bagi memenuhi tuntutan nafsu politik mereka semata-mata. Mereka tidak layak bercakap soal demi kepentingan rakyat Selangor kerana kalau benar itu hujahnya, kenapakah perlu PRK Kajang sengaja diadakan tanpa sebab? Perlu diingat ADUN Kajang sebelum ini bukannya sakit atau tidak berupaya menjalankan tanggungjawabnya tetapi beliau meletakkan jawatan tanpa alasan.

Tetapi pernahkah mereka bertanya, apakah ‘gagasan Langkah Kajang’ itu memenuhi prinsip demokrasi? Apakah tindakan menyingkirkan seorang menteri besar tanpa sebarang alasan kukuh itu bukan satu perbuatan terkutuk yang ditolak dalam amalan demokrasi?

Sebenarnya demokrasi yang diamalkan oleh pemimpin PKR dalam memenuhi agenda ‘Langkah Kajang’ lebih menjurus kepada matlamat menghalalkan cara. Demokrasi bukan sahaja menjadi alat tetapi diperalatkan demi memenuhi politik pemimpin-pemimpin kanan parti itu.

The post Menjawab Persoalan Syed Akbar Ali – Why Are So Many Intelligent People Criticisng Anwar Ibrahim? appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM https://ift.tt/2JLj4km
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger