Seorang pejuang rakyat murhin sejak zaman siswa yang dibebaskan dari tahanan dengan pengampunan Diraja,tiba -tiba bagitu sensitif terhadap teguran seorang wartawan veteran Datuk Kadir Jasin tentang perbelanjaan besar Sri Paduka Baginda Yang Yang diPertuan Agung.
Walaupun teguran itu dianggap bukan jenayah oleh kalangan peguam dan tidak salah oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(SUHAKAM) , tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim meanggapnya tidak wajar atau di luar tatatertib.
Kritikan Anwar Ibrahim ini mendorongkan beberapa orang tertentu untuk membuat lapuran polis yang akan menyiasat Kadir di bawah Akta Hasutan dan ini dengan sekali gus menampakan Anwar berada di pihak yang mahu menekan kebebasan bersuara.
Penegerusi SUHAKAM Tan Sri Razali Ismail bekata pihak berkuasa perlu mengelakan penggunaan undang-undang sebagai cara untuk sekat perdebatan awam dan hak untuk rakyat dapat maklumat.
Bagaimanapun pada hemah saya yang mendorongkan Anwar untuk mengecam Kadir adalah lebih kerana Kadir mempertikai keperluan Anwar menemui raja-raja Melayu kerana mereka tidak perlu jaminan atau keselesaan kerana kedudukan mereka telah dijamin oleh Perlembagaan.
Rakyat yang masih ingat penghinaan seorang dua raja terhadap Dr.Mahathir semasa beliau menjadi rakyat biasa tidak melihat teguran Kadir sebagai tidak wajar seperti yang dirasakan oleh Anwar tetapi Anwar mungkin merasa perlu menemui raja-raja untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah memberikan pengampunan tanpa syarat kepadanya yang baginya dianggap sebagai bukti beliau telah terhukum tanpa dosa.
Rakyat juga melihat tidak ada keperluan bagi beliau menemui Raja-Raja setelah Dr Mahathir mengalami peristiwa pahit untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Dalam interviu dengan akhbar Sinar Harian pada 8 June 2018,Dr.Mahathir telah menyatakan kesedarannya terhadap kemarahan rakyat atas perbuatan melewatkannya mengangkat sumpah dan memberikan persetujuan perlantikan Peguam Negara.
Menurut Mahathir dalam hal ini sebenarnya majoriti raja-raja tidak bersetuju dilewatkan dan ada yang datang berjumpa dengan beliau untuk meredakan keadaan termasuk dalam soal perlantikkan peguam negara.
Katanya pekara macam itu tidak harus berlaku tetapi menurut Mahathir ada raja-raja yang sedar yang berusaha supaya semua raja- raja dan Agong patuh kepada undang-undang( Berarti ada seorang dua yang tidak mahu patuh)
Harus diingatkan dalam masa menghadapi PRU14 pihak UMMO dan khususnya akhbar Utusan Malaysia telah menimbulkan kebimbangan di kalangan orang Melayu terhadap kerjasama Mahathir dengan DAP yang didakwa mereka mengancam hak orang Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu .
Kritikan terhadap Kadir dilihat oleh mereka sebagai peluang keemasan untuk menyemarakan kembali sikap prajudis ini bagi menegakan benang basah mereka.Maka itu Utusan Malaysia menjadikan berita Sultan Selangor dukacita sebagai berita utama muka 9 Jun 2018.
Dalam kontroversi ini Anwar Ibrahim telah terlihat sebagai berada dipihak yang tidak mempunyai toleransi terhadap teguran sopan yang memihak pandangan rakyat dan hak kebebasan bersuara dan meragukan rakyat terhadap janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan undang-undang dan provision Akta Hasutan dan Akta Multimedia yang menekan.
“Sesiapa yang terlibat dengan article berkenaan sewajarnya bertindak balas dengan cara yang civilised dan bukannya membuat lapuran polis kerana tidak ada jenayah dalam tulisan Kadir,”kata peguam Latheefa Koya.
Para wartawan,pengamal media sosial dan juga rakyat biasa mulai bimbang apakah Anwar akan mengulangi sikap tidak ada toleransinya terhadap wartawan-wartawan dan media dan bertindak terhadap mereka yang tidak sejalan, tidak menyokongnya dan mengkritikannya semasa beliau menjadi Timbalan Perdana.
Beliau adalah bakal Perdana Menteri Malaysia ke 8
Source : Tan Sri Zainuddin bin Maidin
The post Rakyat Malaysia Mulai Bimbang Apakah Anwar Akan Mengulangi Sikap Tidak Ada Toleransinya Terhadap Wartawan dan Media? appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM https://ift.tt/2sHAFjM
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment