Kak Long mendakwa sepanjang sembilan hari dia berniaga di sana, dia dapat menjalankan perniagaannya dengan tenang dan dia telah membayar tiket RM2 sehari kepada pegawai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Semasa hari kesepuluh, ada peniaga yang memberitahunya ada pegawai MBKT ingin berjumpa dengannya untuk memaklumkan kepadanya bahawa dia tidak lagi dibenarkan berniaga di situ kerana ada peniaga lain dikenakan caj yang mahal sedangkan dia hanya membayar RM2 sehari sahaja.
Pihak MBKT juga telah menyarankan kepadanya untuk berniaga di bawah kanopi peniaga lain dan secara tidak langsung dia tidak menghalang laluan orang ramai. Kak Long bersetuju dan telah meminta izin Abang Di, iaitu seorang peniaga pada waktu petang untuk menumpang berniaga di bawah kanopi tersebut.
Selepas beberapa hari, pihak MBKT masih mengutip bayaran dengan alasan waktu perniagaan yang dijalankan sebelum pukul 3 petang pihak mereka tetap mengenakan bayaran walaupun menumpang berniaga dengan peniaga petang.
Pada hari seterusnya, dia melihat peniaga lelaki terbabit duduk di laluan yang sama didudukinya sebelum ini. Kak Long telah berpesan padanya agar tidak menghalang laluan orang ramai untuk memilih barang-barang tapi pesanan tersebut tidak diendahkan. Kak Long mempersoalkan mengapa peniaga tersebut tidak berpuas hati. Secara tiba-tiba, lelaki terbabit melingkupkan meja Kak Long.
"Hati busuk punya pasal. Dia lingkup meja berniaga Kak Long. Alhamdulillah sabar lagi. Nabi pun orang jahiliah lemparkan najis kat muka Baginda apatah lagi kita manusia biasa yang tiada apa-apa. Ingat ye, rezeki aku bukan terletak pada tangan mu. Rezeki aku terletak pada tangan Maha Pencipta. Ingat tu syaiiitoooonnn.”
"Macam-macam cara mu guna nak halau aku dari berniaga sini, macam-macam fitnah mu bagi pada aku. Macam-macam mu hasut orang supaya benci aku. Ingat Allah tak 2 tak juga 3. DIA jugak tak pernah tidur. DIA Maha Melihat apa saje perbuatan kita. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki Yusnida Binti Yusof dan keluarga ku. Amin," katanya dalam video tersebut.
Berikutan video tersebut telah menjadi tular di media sosial, Kak Long tampil membuat kenyataan di Facebook.
FAMOUS dop stabuk doh. Gini cerita dia selama 9 hari Kak Long niaga dengan hati yang tenang kat paso Batu 6 tu. Pegawai MBKT mari kutip tiket RM2 sehari. Kak Long pun duduk niaga depan kanopi. Alhamdulillah rezeki koho maju.
Hari kesepuluh ramadhan tu, ada orang-orang paso kabo pegawai MBKT paso Batu 6 nok jumpe Kak Long. Kak Long pun naik jumpe pegawai tu. Pegawai tu kabo lah;
"Awak tak boleh niaga situ sebab orang buat aduan yang awak bayar RM2 sehari. Orang lain ambik tapak mahal-mahal, jadi tak adil."
Okaylah Kak Long kabo.
"Kalau awak nak niaga jugak awak niaga bawah kanopi orang jadi awak tak halang laluan."
Jadi Kak Long yang cerdik lagi lurus bendul ni pun mitok lah izin Abg Di hok jual petang kabo nok duduk bawah kanopi dia. Abang Di tu bagi je tapi atas ikhlas Kak Long lah nak bagi berapa ke dia sebagai sumbangan tumpang jual bawah kanopi dia. Alhamdulillah settle masalah.
Tup-tup hari ke beberapa pose, MBKT mari kutip lagi dengan alasan bawah pukul 3 MBKT kutip walau kita tumpang tempat orang jual petang. Kita ni simpan doh duit RM5 sehari nok bagi ke Abang Di walau Abang Di dok mintok sebab kita ikhlas kan, bukan sebab tuan kanopi mitok duit. Kita ikhlas orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.
Kak Long pun jual macam biasa. Rezeki ramai orang mari beli sebab kita ramah dengan orang. Tup-tup pagi ni aishhh! Dia boleh pulop duduk kat laluan yang sebelum ni dia dok bagi kita duduk. Doh kalau kita dok leh duduk, bakpe dia boleh duduk pulop situ. Dia pun dok ambik tapak jugok main heret rak surat kabor dia jugok. Kak Long pulop buka meja sendiri.
Pagi tadi kita cakap molek-molek doh dengan dia jangan halang laluan kita orang nok mari milih barang-barang, tapi dia dok dengar. Kak Long tanye bakpe ye dok puah hati. Tiba-tiba mari lingkup je meja kita.
Hok dalam video tu video dia lingkup meja Kak Long. Kalaulah betul Kak Long mu ni jahil bodoh bebal bakpe ye nok lingkup meja nye. Cakaplah molek-molek sebagai orang berjawatan dalam persatuan. Tadi pok seikh mari doh settle maknanye. Kak Long niaga bawah kanopi. Selesai la.
Jadi kita nok niaga la, dia jangan kacau Kak Long. Kak Long pun malas kacau dia. Ikutlah dia nok buat mende, nok fitnah dan nok panggil awok-awok ni hentam Kak Long. Kak Long ni tak dok daya cuma Kak Long percaya doa orang-orang teraniaya dimakbul Allah. InsyaAllah.
Sumber: Yusnida Azalea
from The Reporter https://ift.tt/2sBEPsk
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment