GERIK, PERAK - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam belukar di sebuah resort di Gerik, Rabu lalu, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 11 pagi, bayi lelaki itu ditemui oleh penginap resort, Hafizi Ahmad Tanjuzi, kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), yang terdengar suara tangisan sebelum melaporkan perkara itu kepada polis.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Mat Isa berkata, "berdasarkan keterangan saksi, semasa dia membuka tingkap dia terdengar suara tangisan tetapi tidak pasti sama ada manusia atau bunyi binatang.
"Saksi bersama dua orang rakannya, Ahmad Za'im Ramli dan Shahrul Nizam kemudian keluar dari bilik ke tempat tangisan itu untuk membuat pemeriksaan sebelum menemui bayi lelaki yang berada dalam keadaan kesejukan di celah pokok di belakang resort," katanya.
Menurut Ismail, saksi kemudian mengambil bayi itu dan membawanya ke Klinik Kem Sri Banding, Gerik, sebelum ke Hospital Gerik untuk tindakan lanjut.
Susulan penemuan bayi itu, polis juga berjaya menahan seorang wanita warganegara Thailand berusia 20-an dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik untuk direman bagi membantu siasatan.
Siasatan awal mendapati, wanita berkenaan masuk ke Malaysia secara sah dan bertemu dengan rakannya yang bekerja sebagai tukang urut. Wanita itu dipercayai sudah sampai masa untuk melahirkan anak ketika berada di resort itu.
Berdasarkan gambar bayi berkenaan yang tersebar di media sosial, terdapat beberapa kecederaan di badannya seperti ditoreh dengan senjata tajam.
"Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui motif wanita terbabit meninggalkan anaknya di dalam belukar," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2yrbBSW
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment