Home » , » 'She seems not to be fighting for her akhirat' - Netizen kecam individu muat naik tweet negatif terhadap Elyana

'She seems not to be fighting for her akhirat' - Netizen kecam individu muat naik tweet negatif terhadap Elyana

shamsulazlan | 22:36 | 0 comments

Penyanyi Elyana malam tadi mendedahkan dirinya menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap empat sebaik saja diumumkan tersingkir dari Gegar Vaganza (GV) 2017.

Lapor Berita Harian, Elyana disahkan menghidap kanser tahap kedua sejurus selepas melahirkan cahaya mata sulung, Cinta Sumayyah, tujuh tahun lalu. 

"Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat. Oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi. 

"Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar. 

"Ada satu ketikanya saya menghilangkan diri kerana berubat. Namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain," katanya. 

Elyana juga mendedahkan dia fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana bimbang tidak dapat bertemu dengan anaknya lagi. Malah dia sentiasa mengingatkan anak perempuannya mengenai kanser yang dihidapinya hampir setiap hari. 


"Saya fobia hendak tidur malam kerana takut tidak dapat melihat dan berjumpa dengan anak saya lagi. Itu saja ketakutan saya hampir setiap hari. 

"Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur. 

"Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai ke hari ini," katanya. 

Sementara para peminat dan netizen mendoakan yang terbaik dan memberikan kata-kata semangat buat Elyana, ada seorang individu di Twitter pula mempersoalkan Elyana tidak berusaha menutup auratnya. 

"Sorry to be saying. Elyana knew she's struggling with cancer for 7 years now but it seems not to be fighting for her akhirat.

"What I meant on this are the aurat part. Bukan yang lain ye sisthur brothur. Semoga dipermudahkan semuanya," tweet individu berkenaan. 


Bagaimanapun tweetnya itu mengundang reaksi kurang senang netizen lain yang menganggap tindakannya itu tidak wajar dan sengaja mengajak orang lain berfikiran negatif. 

"Dik, jangan judge orang dik. I would say you pun not fighting for your akhirat dik. Ramai orang akan masuk neraka kerana mulut. Dosa pahala semua atas Allah dik. InsyaAllah just pray for her," tweet Nazri

"Elok delete la. Elyana tu kanser dah stage 4. Kalau netizen viralkan tweet negatif ni dan Elyana nampak, apa pula perasaan dia dan keluarga dia? Cancer survivor don't need a people like you. They need support," tweet Berserkova.


from The Reporter http://ift.tt/2Bp8SXZ
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger