Home » , » Penyewa lari, pemilik rumah sewa terpaksa tanggung bil TNB tertunggak RM1,000+

Penyewa lari, pemilik rumah sewa terpaksa tanggung bil TNB tertunggak RM1,000+

shamsulazlan | 07:35 | 0 comments

Sudahlah dulu datangnya merayu-rayu diberikan rumah sewa. Bila dibantu, pemilik rumah sewa dakwa penyewanya telah melarikan diri dan tidak bayar sewa bagi tempoh yang lama sehingga mereka terpaksa menanggung kerugian yang besar.

Biarpun pasangan itu mengugut mahu melaporkan perkara itu kepada polis, namun perempuan berkenaan tidak takut dan meminta pemilik rumah meneruskan saja usahanya itu.

ASSALAMUALAIKUM semua, tolong viralkan. Tahun lepas perempuan ini bersama 'kakaknya' meminta saya menolongnya, sewakan rumah saya di Seksyen 25 Shah Alam, kepadannya. Masa itu saya saja yang datang untuk membawa mereka melihat keadaan rumah. 

Akhirnya dia beritahu saya dan dia menghubungi suami saya di aplikasi WhatsApp mengatakan dia ada anak kecil dan merayu agar kami tidak menyewakan rumah itu kepada orang lain. Dengan niat mahu membantu, kami benarkan dia masuk ke rumah sewa pada bulan itu juga. 

Bila dah tinggal di rumah sewa itu, bayar sewa rumah selalu ada saja alasannya untuk lambat bayar, tak cukup duit, baru separuh dan bagai. 

Apabila kami sudah tidak tahan lagi, kami menyuruhnya keluar dari rumah sewa. Dia tukar selak mangga menyebabkan kami tidak dapat berbuat apa-apa. Bila kami beritahu akan buat laporan pada polis, dia bermati-matian tidak mahu keluar dari rumah itu juga. Sekarang dia dah keluar dari rumah sewa dan hilangkan diri. 

Dia hilangkan diri dengan tidak membayar langsung bil elektrik 'TNB' berjumlah seribu lebih dan selama ini dia tinggal di rumah sewa selama berbulan-bulan secara percuma!

Dia block saya di WhatsApp, WeChat semua. Dia tak takut walaupun dengan polis atau sesiapa. Dia pernah kata dia tinggal di tingkat bawah, tetapi katanya tuan rumah itu jahat dan mereka pun berpindah keluar. Rumah sewa kami di tingkat dua.

Tadi Allah nak tunjuk, saya terjumpa Facebooknya terus saya menghubunginya. Bila dia dah tengok mesej yang saya hantar itu, tiba-tiba 'contain not found'. 

  

Di sini saya nak beri peringatan kepada mana-mana pemilik rumah sewa, sila berhati-hati dengan orang ini yang berasal dari Sabah. Jika ada sesiapa yang mengenali individu ini, tolong suruh dia bayar sewa dan bil utiliti rumah sewa saya yang didiaminya tertungguk berbulan-bulan. 

Walaupun dia boleh lari di dunia ini, di dunia lain dia tak boleh nak lari. Saya takkan maafkan. Jika orang rasa tak adil dengar sebelah pihak, tolong cari dan tanya dia berapa banyak dia berhutang dengan kami sebelum melarikan diri. 

Oh ya, dulu ada tandatangan surat perjanjian selepas dia tinggal di rumah sewa kami dan tertera alamat tempatnya bekerja di Coway Seksyen 25 Shah Alam. Majikan Coway ingatkan kami mengenali dia. Rupanya budak itu dah tak bekerja dengan Coway kerana mencuri. 



from The Reporter http://ift.tt/2mUi9nB
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger