Home » , » 'Lan masuk GV pun tak bincang' - Rody

'Lan masuk GV pun tak bincang' - Rody

shamsulazlan | 20:06 | 0 comments

Malam tadi, kumpulan Kristal mengumumkan vokalisnya, Lan atau nama sebenar Razlan Mohamed Yusof, direhatkan daripada terbabit dengan sebarang aktiviti bersama Kristal, berikutan penyertaan Lan dalam program Astro, Gegar Vaganza (GV) 2017.

Pengumuman yang dibuat oleh Rody menerusi akuan Instagram rasmi Kristal (@Kristalband) malam kelmarin dan diulangsiar menerusia akaun Instagram Rody. 

"Kristal akan rehatkan Lan dan akan buat audition mencari penyanyi baru. Insya-Allah pengumuman akan dibuat," tulis Kristal Band. 

Menurut Rody, keputusan itu dibuat atas nasihat orang-orang lama. 

"Atas nasihat orang-orang lama, kami akan merehatkan Lan. Semoga berjaya dengan hajatnya hendak menjadi penyanyi solo, takkan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan kami nanti tak ada show pula. 

"Insya-Allah aku akan memperjuangkan Kristal bersama Kechik dan Acap. Moga terus berjaya dan harap anda terus menyokong perjuangan Kristal!," katanya memetik laporan dari Astro Gempak. 


Pengumuman itu mengejutkan ramai peminat Kristal yang tidak mahu melihat Kristal berpecah dan menyarankan anggota kumpulan itu berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan melulu. 

Difahamkan, Lan sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk bergerak secara solo untuk mencabar dirinya keluar dari zon selesa. Lan juga menjelaskan kenyataannya mahu berehat daripada Kristal yang pernah diluahkannya sebelum ini hanya sekadar gurauan sahaja. 

Lapor Sinar Harian, Kristal akan berbincang dengan pihak pengasas/pengurus mereka, Pak Din, dan mungkin juga akan mendapatkan nasihat dari Awie. 

Jelas Rody, pengumuman merehatkan Lan dan mencari penyanyi baru dibuat kerana ada peminat yang menganggap Kristal sudah tiada setelah melihat kemunculan Lan dalam GV. 

"Sebenarnya senang saja, satu band perlu berbincang. Masuk GV pun tak bincang. Tahu-tahu nak buat solo. Janganlah buat kami macam tunggul. 

"Ada kawan-kawan beritahu sebelum ini, Lan record solo tapi malas percaya. Sekali betul. Dia nak try benda baru, kita kena try benda baru jugalah. 


"Kalau rezeki dia dalam solo, kita tak ada masalah. Cuma kena cari penyanyi barulah. Faham-faham sajalah nanti show nak kena ada penyanyi. Kalau tak, maka terkontang-kanting kami," katanya. 

Ditanya apa pendirian Kristal jika Lan masih terus menggunakan nama Lan Kristal, boleh atau tidak? 

"Kalau dia dah kuat, rasanya pakai Lan GV pun orang kenal," katanya. 

Sementara itu, netizen berpandangan Kristal tidak perlu mengeluarkan Lan. Sebaliknya teruskan bersama dan kekalkan anggota Kristal yang sedia ada. 



from The Reporter http://ift.tt/2hTRAgG
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger