Home » , » Dicubit seluruh badan kerana gagal siapkan kerja sekolah

Dicubit seluruh badan kerana gagal siapkan kerja sekolah

shamsulazlan | 17:40 | 0 comments

Sepasangan suami isteri terkejut apabila mendapati badan anak lelaki mereka berusia lima tahun penuh dengan kesan lebam setelah menjemputnya pulang dari tadika, lapor Harian Metro

Bapanya, Mohd Suhairy Mohd Sukis, 32, berkata, anaknya, Muhammad Dhani, 5, kini berada dalam keadaan trauma dan tidak mahu kembali ke tadika berkenaan kerana takut dengan guru yang dipercayai telah mencubit badannya sehingga meninggalkan kesan lebam. 

"Anak saya kini trauma dan setiap hari mengatakan tidak mahu ke sekolah berikutan takut dengan guru," katanya. 

Mangsa dipercayai dicubit di seluruh badan termasuk hidung kerana gagal menyiapkan kerja sekolah ketika waktu pembelajaran. 

Mohd Suhairy berkata, pada jam 12.30 tengah hari, 17 November lalu, isterinya menjemput anak sulung di tadika dan dia mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang. 

"Sebaik tiba di rumah, isteri meminta anak membuka baju dan menyuruhnya mandi. Namun Muhammad Dhani enggan serta mendiamkan diri. 

“Isteri membuka baju sekolah dan terkejut melihat badan anak dipenuhi kesan lebam manakala payudara melecet teruk,” katanya.

Sebaik saja ditanya ibunya, mangsa mengaku telah dicubit ustazah sebelum isterinya memaklumkan kejadian itu kepada Mohd Suhairy. 

“Anak saya menangis dan menjerit mengatakan puting payudara dia ‘kepanasan’ sebelum kami menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur.

“Muhammad Dhani dirawat selama tiga hari di wad dan hasil pemeriksaan doktor mengatakan anak dicubit, dia kini trauma tidak mahu ke sekolah,” katanya.

Difahamkan, Mohd Suhairy telah menghubungi seorang guru yang juga ustazah untuk bertanyakan hal itu, tetapi wanita itu menafikan berbuat demikian dan mendakwa mungkin ia perbuatan murid lain. 

“Saya tak percaya dakwaan itu kerana jelas lebam pada badan anak seperti dicubit orang dewasa, beberapa jam kemudian saya dihubungi guru besar dan mereka meminta saya ke sekolah untuk berbincang.

“Dalam perbincangan itu, ustazah berkenaan mengaku mencubit anak kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, bayangkan anak saya hanya berusia lima tahun dan sepatutnya perkara ini tidak terjadi,” katanya.

Mohd Suhairy berharap pihak berkenaan bertanggungjawab dan menjadi pengajaran agar perkara sama tidak berlaku kepada orang lain. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-kanak.

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://ift.tt/2A5K6hS
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger