BERMULA dengan sekadar aplikasi untuk menyampaikan pesanan melalui imej dan video pendek, Snapchat semakin dapat perhatian dan kian menjadi popular dalam kalangan generasi millennia.
Menurut laporan Business Insider, Snapchat tahun lalu saja merupakan aplikasi paling kerap dimuat turun di Apple Store, sekali gus memintas populariti Facebook Massenger dan Instagram dalam katagori aplikasi sosial popular.
Jadi tidak hairanlah Facebook sendiri dikatakan pernah cuba untuk membeli Snapchat pada 2013 dengan tawaran lumayan mencecah sehingga AS$3 bilion (kira-kira RM12.4 bilion)!
Bgaimanapun, kini tersebar desas-desus mendakwa perkhidmatan Snapchat akan ditamatkan pada penghujung 2017, yang mana berita mengenai perkara itu telah mengejut banyak pihak berkaitan.
Malahan, beberapa laman portal berita antarabangsa tampil menyiarkan perkara mengejutkan itu dengan paparan mesej penuh daripada Ketua Pegawai Eksekutifnya, Evan Spiegel.
Laporan itu bahkan menyatakan; “Perkhidmatan aplikasi popular Snapchat bakal ditamatkan pada 14 November ini, menurut stesen Fox News di Amerika Syarikat (AS).
“Ketua Pegawai Eksekutif, Evan Spiegel memutuskan untuk menamatkan Snapchat berikutan isu hak cipta dan undang-undang melibatkan aplikasi Facebook, Instagram dan Musical.ly.
“Pada 14 November juga, Snapchat akan dipadamkan dari semua peranti serta dari gedung muat turun, malah data dan media yang disimpan pada setiap pengguna juga dipadamkan.”
Apa yang sebetulnya berlaku adalah berita mengenai khabar angin tersebut hanyalah prank dan paling melucukan ia ditulis dengan penuh gaya jurnalistik bak laporan berita sebenar yang agak serius.
Mungkin ramai tidak sedar, laman seperti Channel45News.com merupakan salah satu daripada laman prank yang mampu mencipta pelbagai berita palsu dan ia hanyalah bersifat ‘troll‘ untuk mengenakan seseorang.
Menerusi gambar di bawah, ia secara jelas memaparkan bagaimana ia dilakukan, malah turut disertakan kenyataan bertulis “anda sudah kena! cuba cipta & prankrakan anda.”
Biarpun berita palsu, segelintir netizen khususnya di Twitter masih anggap sahih dengan hanya melihatkan tajuk artikel tanpa baca fakta penuh, membuatkan pihak Snapchat sendiri mengumumkan perkara itu adalah palsu.
Sementara itu, aplikasi popular itu meskipun tanggung kerugian AS$40 juta (RM169 juta) berikutan gagal jual 150,000 cermin mata pintar Snap Spectacle, ia masih belum menyebabkan mereka ‘bungkus’ dalam industri media sosial.
Lambakan stok Spectacles yang tidak terjual ini serta laporan kewangan yang kurang baik menyebabkan saham Snap Inc. turut 20 peratus sejak beberapa hari yang lalu.
Biarpun menghadapi masalah kewangan, Evan Spiegel akan mengumumkan rancangan baharunya dan memastikan syarikat kekal relavan lima ke 10 tahun akan datang.
The post Betul Ke Snapchat Tamat Hujung Tahun Ini? appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2hJJKCD
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment