Home » , » 'Dah tau selekoh, double line plak tu'

'Dah tau selekoh, double line plak tu'

shamsulazlan | 18:44 | 0 comments

Viral di media sosial video seorang pemandu kereta pacuan empat roda memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan, cetus pelbagai reaksi netizen. 

Video yang dimuat naik Chin Kean Fatt sejak 18 jam lalu telah dikongsi 12,386 kali dan ditonton 1.5 juta pengguna Facebook.

Berdasarkan video, kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi semalam di Ranau, Sabah, menunjukkan pemandu kereta pacuan empat roda Ford yang tidak sabar dan cuba memotong sebuah lori di jalan garisan berkembar. 

Namun tindakannya itu mengundang padah apabila sebuah kereta jenis Isuzu Mu-x yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta Ford tersebut. 


Difahamkan tiada kemalangan jiwa berlaku, tetapi kedua-dua buah kenderaan itu mengalami kerosakan yang teruk di bahagian depan. 

Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan pemandu Ford yang memandu secara berbahaya itu menjadi punca kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan. 

"Mohon pihak berkuasa ambil tindakan dan gantung lesen pemandu tak guna ini. Dah jelas dan terang jalan itu ada double line tak boleh memotong, dia degil dan potong juga. Potong kat selekoh plak tu," kata Araish. 

"Ini namanya kereta besar tapi otak pemandu kecik atau otaknya letak di lutut. Kasihan orang lain menjadi mangsa keadaan," kata Fatty. 


Difahamkan, susulan kejadian itu juga pemandu kereta itu juga telah dikenakan saman RM300 kerana memotong di garisan berkembar. 


from The Reporter http://ift.tt/2z9egRE
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger