Home » , » Maradona Sedih Piala Dunia Tanpa Itali

Maradona Sedih Piala Dunia Tanpa Itali

shamsulazlan | 00:15 | 0 comments

ROM – Legenda Argentina, Diego Maradona menggambarkan kegagalan Itali layak ke Piala Dunia tahun depan sebagai kehilangan ‘antara satu pasukan terhebat’ dalam bola sepak antarabangsa.

Juara dunia empat kali, Itali dinafikan tempat di pusingan akhir di Rusia, semalam selepas diikat 0-0 oleh Sweden di Milan pada aksi kelayakan playoff kedua.

Keputusan tersebut memberikan Sweden tiket ke saingan berprestij itu menerusi agregat 1-0, susulan kemenangan di laman sendiri, minggu lalu.

“Saya amat kecewa apabila Itali tidak layak ke Piala Dunia. Pasukan Itali sentiasa menawarkan sesuatu yang mengujakan kepada kejohanan,” kata Maradona menerusi laman Facebooknya.

“Saya menonton perlawanan tersebut dan apa yang saya lihat ialah Itali bermain seperti yang Sweden mahukan iaitu sentiasa menghantar bola.

“Dan mereka memiliki dua pertahanan tengah yang besar,” kata bekas penyerang Napoli itu. Kejohanan menjadi lebih sukar dan semakin sengit.

“Ia sesuatu yang menyedihkan apabila Itali, antara satu pasukan terhebat tersisih daripada Piala Dunia di Rusia,” katanya yang muncul wira Argentina menjulang Piala Dunia pada 1986.

 

The post Maradona Sedih Piala Dunia Tanpa Itali appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2hAlWEN
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger