Home » , » 3.6 Juta Rakyat Malaysia Hidap Diabetes

3.6 Juta Rakyat Malaysia Hidap Diabetes

shamsulazlan | 00:05 | 0 comments

KUALA LUMPUR – Kes diabetes terus meningkat di negara ini dengan anggaran kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia kini menghidap penyakit itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata kira-kira 1.8 juta lagi rakyat Malaysia mungkin ada diabetes tetapi mereka tidak menyedarinya kerana tidak pernah menjalani saringan kesihatan.

Melalui saringan yang tetap dan berkala, penyakit diabetes boleh dikesan pada peringkat awal dan rawatan optima boleh diberikan, katanya dalam kenyataan sempena Hari Diabetes Dunia.

“Ini akan mengurangkan risiko komplikasi akibat diabetes dan membolehkan pesakit diabetes menjalani kehidupan yang normal,”katanya.

Beliau berkata peningkatan tahap kesedaran orang ramai terhadap penyakit itu, risiko penyakit dan kepentingan saringan kesihatan diharap dapat mengubah tingkah laku rakyat Malaysia dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit itu.

Ia seterusnya akan mengurangkan risiko kematian pramatang akibat dari komplikasi diabetes, katanya.

 

The post 3.6 Juta Rakyat Malaysia Hidap Diabetes appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2zG86b4
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger