Home » , » Jarak perjalanan kurang dari 10 km, pemandu teksi kenakan caj RM160

Jarak perjalanan kurang dari 10 km, pemandu teksi kenakan caj RM160

shamsulazlan | 18:59 | 0 comments

KUALA LUMPUR - "Tamak!" itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu teksi yang tergamak menggenakan caj RM160 kepada penumpang warga asing bagi perjalanan yang kurang dari 10 kilometer. 

Lapor Harian Metro, pemandu teksi terbabit berjaya ditahan oleh pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) kelmarin, selepas penumpang warga Myanmar berkenaan membuat aduan pemandu teksi itu mengenakan tambang yang tidak munasabah. 

Difahamkan caj melampau itu dikenakan seperti pemandu teksi itu menghantar mangsa dari Jalan Bukit Petaling ke Kota Raya. 

Tidak puas hati dengan tambang yang dikenakan, mangsa kemudian membuat aduan kepada pihak SPAD di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) semalam. 

Jurucakap SPAD berkata, pihaknya kemudian menjalankan siasatan dan berjaya mengesan pemandu teksi terbabit di sekitar TBS. 

"SPAD kemudian menahan dan mengambil keterangan dari pemandu teksi itu. 

"Pemandu teksi itu kemudian mendakwa hanya meminta caj tambang sebanyak RM100 daripada mangsa," katanya. 

Susulan aduan dari mangsa, SPAD kemudian menyita teksi model Proton Saga BLM yang digunakan pemandu terbabit untuk tujuan siasatan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan notis 80 akta sama atas kesalahan tidak menggunakan meter tambang. 

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa kesal dan geram terhadap pemandu teksi berkenaan yang merosakkan periuk nasi pemandu teksi lain yang jujur. 

"Orang macam inilah yang merosakkan periuk nasi orang lain (pemandu teksi). Kasihan pada pemandu teksi yang jujur," kata Norlizawati Mustafa.




Dalam kejadian 6 Oktober lalu, SPAD turut menahan seorang pemandu teksi yang memaksa dua penumpangnya membayar tambang RM950 bagi jarak perjalanan kurang 10 kilometer dari Kuala Lumpur ke Setapak. 


from The Reporter http://ift.tt/2zeagxW
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger