Sudah kerap menerima aduan mengenai kes ini sehingga ada keluarga yang mengalami kerugian apabila barang berharga mereka disamun oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Bukan mahu memandang negatif, tetapi kehadiran orang-orang seperti ini amat membimbangkan orang awam terutamanya surirumah tangga. Berhati-hatilah semua.
BAIKLAH, saya cerita sikit tentang insiden yang berlaku pada tengah hari tadi. Geng mana entah dengan pakai baju seakan uniform Petronas, bertandang ke setiap rumah yang ada di Taman KTC2 ini kononnya nak check kepala gas.
Kejadian berlaku pada waktu Zohor. Orang yang mula-mula datang cakap, "Hello, hello!" sambil mengetuk pagar dengan kasar.
Saya tak terus buka pintu, hanya mengintai di sebalik langsir saja. Tak berapa jelas, ingatkan apek yang selalu datang meminta derma untuk 'House of Charity' sebab mereka ini selalu datang dengan lori untuk meminta apa-apa saja derma sama ada baju terpakai atau duit.
15 minit selepas itu, dengar ada suara orang bagi salam pula. Aik? Kenapa kerap pula datangnya kali ini? Bila dijenguk, orang lain pula yang datang tetapi memakai baju yang sama seperti orang yang datang sebelum ini.
Saya buka pintu sikit dan tanya apa yang dia mahukan. Dia berkata, nak masuk untuk periksa kepala gas. Nak masuk? Tanpa beritahu pengenalan diri dulu seperti dari mana atau siapa.
Jarak pintu rumah dengan pagar lebih kurang dua buah kereta sedan. Saya tak dapat cam sangat muka orang itu. Tetapi loghat dan muka dia seperti dari negara jiran.
Sebab dah beringat yang orang-orang seperti ini sama ada betul atau tidak tujuannya, tak boleh buat takut-takut atau layan baik sangat. Unless kalau dah kenal atau ada identiti yang kita boleh percaya.
Saya tidak faham sangat dengan apa yang dia cuba sampaikan. Saya cuma jawab, kepala gas baru saja ditukar.
"Tak mau check sekali lagi ka?" soalnya.
"Tak perlu," jawab saya sambil menggelengkan kepala.
Dia tersengih-sengih dan akhirnya berlalu pergi.
Tidak beberapa lama kemudian, terdengar bunyi motor polis lalu. Lelaki-lelaki tadi ditahan di simpang nak keluar dari tamna ini. Tetapi dilepaskan semula, mungkin kerana tiada bukti.
Menurut jiran berbangsa India, dialah yang menghubungi polis memaklumkan kehadiran orang itu yang sebelum ini memaksa dia membuka pagar sambil tangan pegang handphone seolah-olah sedang merakam video ke arah rumahnya.
Apabila jiran mengugut mahu menghubungi polis, salah seorangnya kata mereka tidak takut dan terus mendesak jiran membuka pintu pagar. Ketika kejadian, anjing perliharaan jiran juga menyalak sambil mengundur ke belakang, membuatkan tuannya menjadi lebih takut.
Sekumpulan lelaki ini katanya datang dari Sabah dan syarikat majikan mereka berada di Sabah. Ada kad pengenalan tentang kerja ini katanya. Tetapi, kenapa jauh sangat datang sampai ke sini? Sudahlah tiada sebarang pengenalan, tiada tatatertib, muka masing-masing tiada rupa orang Sabah.
Lagipun, mana ada syarikat gas dari mana-mana yang membuat survey periksa kepala gas di setiap rumah? Kecuali jika saya yang ketinggalan tidak mengetahui adanya survey tentang perkara ini.
Berhati-hatilah semua. Saya mendapat informasi dari kawan di sini, area timur di mana keluarga dia di sana baru saja disamun oleh orang-orang seperti ini. Cuma taktik saja berlainan iaitu kononnya nak memeriksa filter, sistem penapis air. Dah masuk ke rumah, berpura-pura bersembang lalu dipukau. Bila tersedar, barang-barang kemas semua hilang.
Beringatlah semua, orang yang tidak dikenali datang nak promote bisnes apa sekali pun jangan diberi masuk ke rumah. Sekarang ini ada bermacam-macam taktik penjenayah untuk merompak.
Risau juga dengan mereka yang tinggal kawasan kampung. Kadang-kadang mereka kurang tahu tentang info seperti ini dan akan mudah terperdaya atau terkena. Jadi sampai-sampaikanlah kepada keluarga, saudara mara atau kenalan di kampung agar kita semua beringat dan selamat.
Ambil dan simpan nombor balai polis berdekatan. bacalah doa pendinding setiap kali selepas solat. Semoga kita sentiasa dilindungi.
Sumber: Puan Jamilatul Khairiah
Nota kaki: Bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku, nyatakan bahawa anda menggunakan gas stove elektrik dan berikan alasan, "ini zaman moden, ada lagi ke orang guna tong gas?'.
from The Reporter http://ift.tt/2ha20Z9
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment