Home » , » (Video) 'Bila tak boleh lawan dengan hujah, inilah cara mereka' - Ceramah Syed Saddiq diganggu sekumpulan pemuda malam tadi

(Video) 'Bila tak boleh lawan dengan hujah, inilah cara mereka' - Ceramah Syed Saddiq diganggu sekumpulan pemuda malam tadi

shamsulazlan | 02:22 | 0 comments



Ceramah anjuran Muda di Muar, Johor malam tadi tidak dapat berjalan dengan lancar kerana diganggu oleh sekumpulan lelaki yang membuat bising dengan deruman enjin motosikal sehingga mengganggu konsentrasi tetamu yang hadir. 


Kejadian itu berlaku semasa Presiden Muda, Syed Saddiq yang juga penyandang ahli parlimen Muar sedang memberi ucapan dan memaklumkan sumbangannya di kawasan itu sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Muar. 


Salah seorang lelaki dari kumpulan itu kemudian menjerit "penipu!" menyebabkan penyokong Muda membalasnya dengan meminta 20 lelaki itu beredar. 



Tidak beberapa lama kemudian, polis bantuan datang ke lokasi dan meminta sekumpulan lelaki muda berkenaan beredar. Tetapi permintaan itu tidak diendahkan dan masih berlegar di kawasan ceramah. 


Juga kedengaran Syed Saddiq berkata, "Ini biasalah.. taktik UMNO/BN. Bila tak boleh lawan dengan hujah, inilah cara mereka". 



Menurut seorang saksi yang berada di tempat kejadian, Farhan berkata, kumpulan itu mula menjerit apabila Syed Saddiq berucap. 


"Cerita dia macam ni. Awal-awal, satu group motor datang. Dah perhatikan dari awal lagi. Aku sendiri berdiri depan group ni, tunggu mereka buat provokasi. Sejam lebih tunggu, dengar perbualan mereka memang tunggu Syed Saddiq berucap. Kami dah sedia. 


"Saya sendiri cakap elok-elok, 'tak suka, tak payah buat macam ni. Boleh balik'. Tetapi mereka buat kecoh lagi, kami halaulah," katanya. 


Farhan turut berkongsi mengenai kata-kata dari kumpulan itu semalam, antaranya: 




Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO Muar, Helmy Latif, tampil menafikan dakwaan itu dan menolak budaya politik provokasi. 


"Selaku Ketua Pemuda UMNO, saya berkeras habis-habisan menolak politik secara provokasi seperti ini. Tak kira dibayar atau tidak, ini satu budaya yang tidak sihat dalam politik di negara kita. 


"Saya berani bersumpah tiada arahan dari saya selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar untuk buat perkara terkutuk ini. Saya menentang sekeras-kerasnya, kami tiada masa untuk ini," katanya. 



Sumber: MalaysiaKini, Twitter Cikgu Suraya, Twitter Helmy Latif, Twitter Farhan



from The Reporter https://ift.tt/CeYHmro
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger