Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali semalam membidas sikap sesetengah pemimpin politik yang kerap menukar kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di musim pilihan raya.
Menurut Azmin, pemimpin politik yang berbuat demikian dilihat sebagai tidak jujur dan ikhlas, serta tidak menghormati mandat yang diberi oleh rakyat. Sedangkan pemimpin yang ikhlas seharusnya terus berkhidmat di kawasan yang telah diberi mandat, bukannya menukar kawasan mengiku kehendak diri sendiri.
"Lari ke satu-satu tempat ini tidak bagus, kita bertanding beri khidmat kepada rakyat bukan sebab hasad dengki dan dendam. Ini bukan watak seorang pemimpin jujur dan ikhlas sebuah perjuangan, bila kita dipilih di kawasan itu, teruskan.
"Kalau niat kita zahirkan niat secara terbuka, aku tak suka orang itu dan orang ini, maka nak pergi (bertanding) tempat itu dan ini, ini bukan pemimpin.
Suatu ketika dahulu, Azmin berjuang bersama Anwar |
Dalam pada itu, Azmin juga menegaskan dia bersedia berdepan dengan mana-mana pemimpin yang mahu mencabarnya di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), termasuk bekas bossnya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun tidak menyebutnya secara jelas.
"Ini proses demokrasi, siapa pun boleh datang (bertanding di Gombak). Saya sudah sebut banyak kali. Kalau sesiapa pun dia nak hantar isteri pun boleh, anak pun boleh, nak hantar menantu baharu pun boleh, menantu lama pun boleh, hendak menghantar diri sendiri pun boleh, saya tiada masalah," katanya.
Sebelum ini, Anwar Ibrahim berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk bertanding di mana-mana kerusi termasuk kerusi pengkhianat parti yang umum mengetahui kerusi yang dimaksudkan adalah Gombak.
Bagi Azmin, dia yakin rakyat di kawasannya itu sudah matang dan boleh memilih pemimpin yang benar-benar membawa pembangunan perkhidmatan serta pertumbuhan ekonomi di kawasan itu.
Sumber: Astro Awani
from The Reporter https://ift.tt/sEDLAG0
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment