Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan beberapa tarikh penting menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Antaranya, hari penamaan calon akan diadakan pada 05 November 2022, hari mengundi awal pada 15 November 2022 dan hari mengundi jatuh pada 19 November 2022, iaitu pada hari Sabtu.
Serentak dengan itu juga, pelbagai manifesto dan juga jaminan pemimpin yang telah diperdengarkan kepada rakyat dari parti kerajaan mahupun pembangkang. Jika parti Barisan Nasional, ‘Kestabilan dan Kemakmuran’ menjadi tema utama yang digunakan untuk PRU-15 akan datang.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula memberikan jaminan sekiranya dilantik menjadi Perdana Menteri pada pasca PRU15, perkara utama yang akan dilakukan adalah dengan melakukan pemotongan gaji dan elaun bagi jawatan berkenaan.
“Gaji dan elaun untuk Menteri-Menteri saya akan runding kemudian, akan tetapi untuk gaji dan elaun Perdana Menteri, saya nak beri tahu, kalau lah keadaan ekonomi seperti ada sekarang, saya tak sanggup ambil gaji sebagai Perdana Menteri,”katanya.
Kenyataanya itu mengundang reaksi berbeza netizen. Ada yang bersetuju dan menyokong kenyataan itu kerana ia disifatkan seperti membela nasib rakyat.
“Terbaik! Hentikan tradisi YB lantikan rakyat yang bermewah-mewah lupa daratan dan lupa kesempitan rakyat. Mereka ingat jadi Menteri lubuk emas tempat menyakau dan salahguna kuasa.YB tak patut dibenarkan menjawat pelbagai jawatan sampingan, patut tumpu 100% menunaikan amanah dan tanggungjawab sebagai Menteri dan wakil rakyat dengan jujur. Buang budaya YB bermewah-mewah, santai membazir harta negara,” kata Wan Mahmud.
Namun ada juga yang menyatakan pandangan sebaliknya.
“Itu cara lama, gaji Menteri dipotong, tol diberikan diskaun, harga minyak turun, gaji dinaikkan dan sebagainya. Pengundi dah tak mahu semua tu. Kita nak tahu kearah mana nak bawa negara masa kini dan masa hadapan. Bagaimana nak basmi rasuah, kronisme, salah guna kuasa, pembaziran, pecah amanah dan sebagainya,” kata Azhari Zainal.
“Ni politik cara lama. Kalau setakat gaji RM40,000 berapa banyak boleh pergi kat rakyat. Kalau kau tak sakau, ramai lagi yang akan sakau. Apa yang kami nak tengok adalah polisi ekonomi bagi menghadapi krisis. Jangan pulak nanti kau cakap kau tak bersedia,” kata Wan Zamzahidi Wan Zahid.
Walau bagaimanapun,apa-apa perbezaan politik, pengundi perlu bijak memilih pemimpin yang telus dan berkaliber pada hari #MalaysiaMemilih 19 November 2022
Sumber: Astro Awani
from The Reporter https://ift.tt/0dhMjxg
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment