Home » , » Najib antara 5 calon lain dikemukakan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan (PRU15) walaupun berstatus banduan

Najib antara 5 calon lain dikemukakan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan (PRU15) walaupun berstatus banduan

shamsulazlan | 02:22 | 0 comments



Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Zamri Ramly, mengesahkan nama Najib Razak antara lima calon yang dikemukakan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. 


Walaupun bekas perdana menteri itu kini dipenjarakan selama 12 tahun atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd, kerusi itu tetap disimpan untuknya. 


Zamri berkata, pihaknya juga tidak merancang untuk menamakan dua anak Najib, Nizar dan Nooryana, untuk bertanding di kerusi itu walaupun Najib tidak layak bertanding. 


Sebaliknya, mana-mana pemimpin UMNO yang berjaya memenangi kerusi itu akan diminta untuk menyerahkan kembali kepada Najib selepas mendapat Pengampunan Agong. 


Peguam yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sebelum ini membangkitkan persoalan sama ada Najib dibenarkan untuk menjadi calon PRU15 atau sebaliknya. 


Ia berdasarkan keputusan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara yang tidak membenarkan Najib menghadiri persidangan Dewan Rakyat, yang mungkin akan memberi kesan secara langsung kepada peluang Najib untuk bertanding di PRU15. 


Tegas Shafee, perkara itu penting kerana Najib mempunyai hak mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan di mana peruntukan undang-undang memberi hak kepada banduan untuk ditemani ke Parlimen. 


Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin bagaimanapun enggan melayan kenyataan Shafee yang dianggapnya sebagai jenaka. 


"We don't treat joke. Saya rasa kita perlu berlaku adil kepada semua orang," katanya ringkas. 


Sumber: MalaysiaKini, Astro Awani, Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/abE7LeO
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger